Waktu itu, emosi kita sedikit terganggu. Fikiran kita seakan berserabut. Jadual kita semakin kurang teratur. Namun, kita cuba membantu dengan memberi nasihat, motivasi dan kekuatan kepadanya. Saat itu kata-kata kita bagaikan motivator, counselor berpengalaman, penuh dengan kata-kata positif dan peransang.
Selepas memberi nasihat sedaya yang mampu kepada 'orang tersebut', kita termenung seketika. Kita merasa ada kekuatan wujud dalam diri kita. Rupa-rupanya barulah kita sedar, sebenarnya Allah memberi JALAN untuk kita selesaikan masalah sendiri dengan menyelesaikan masalah orang lain.
Bagaimana?
Ya, dengan memberi nasihat dan cuba mententeramkan orang tersebut, kita sebenarnya cuba menasihati diri sendiri... Cuba memujuk hati bahawa segala apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita menasihatinya bahawa setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Hanya perlu berusaha, bersabar dan bertawakkal.
Tanpa sedar, rupa-rupanya nasihat kita itu juga merupakan 'ubat' hati dan kunci untuk kita membuka jalan dalam menyelesaikan masalah kita sendiri.
Boleh jadi juga, Allah 'datangkan' orang yang bermasalah kepada kita dan kemudian memberi nasihat kepadanya adalah sebagai jalan tengah untuk kita MUHASABAH DIRI dengan mengingati kembali apa yang kita katakan kepada orang tersebut. Lantas kita berkata di dalam hati kita;
"Aku ni pandai saja nasihatkan orang, padahal diri sendiri pun tidak seperti apa yang dikatakan"
Kita terkesan dengan kata-kata kita. Baru lah kita sedar, sebenarnya kita menasihati orang lain juga adalah 'CARA ALLAH' menasihati kita, kerana JIKA ORANG LAIN YANG MENASIHATI KITA, MUNGKIN SAHAJA KITA SUKAR MENERIMANYA.
Subhanallah... sesungguhnya didikan Allah penuh tersirat. Hanya kita sahaja yang kurang memikirkannya.
8 comments:
as salam
betul tu..kadang2 kita tak nampak tapi bila direnungkan kembali ada hikmah yang besar..misalnya Allah beri pula rezki yang melimpah ruah selepas dugaan menimpa..semuga kita sentiasa dalam rahmat Allah
betul tu,,kdg2 mgeluh gak bile kite ade masalah, org dtg luahkan masalah,tp bila pkir balik , kite sebenanya sgt2 dperlukan dan menjadi pendenga yg baik,, suke cerita akak =)
sangat betol.
cara terbaik Allah nak 'tegur' dan 'ingat'kan kita supaya apa yang dinasihatkan kepada orang sama seperti menasihati diri sendiri.
MashaAllah...
betul shima..pernah berlaku pada saya..kadang2 bukan orang minta nasihat pun..just nak mengadu..tapi saya biasanya tak cerita dgn orang masalah saya.. bila berlaku orang datang cerita masalah tu saya rasa lega sangat..sbb tau..yg sussah saya..ada lagi org lain lagi susah..
sangat bersetuju kak..huhu...selalu jugak kene macam nyh..huhu:)
Hmm pernah kak.. Kkdg rasa mcm stress sgt bila kita ade masalah... Tp ade hikmahnya kan... Dpt munasabah diri...
penah kak..
kadang2 nangis je.stress
huhu betultuh..hikmah kejadian tuh kadang datang lambat...mcm ko tak kerja tapi dapat jaga anak2.anak2 membesar dengan tangan sendiri mcm aku keja adalah duit tapi anak2 org jaga..mujur bila amik kat nursery nak pegi..mcm sofia kadang2 dia konpius nak g tak kalau cikgu yang biasa dukung dia nak kasi kat aku,sib baik bau susu gaknya baru nak g..hahahaha
Post a Comment