NUFFNANG

Friday, August 10, 2012

Sibuk!


Mengemop lantai pun maintain cun hihii..

Okey tak perlu tulis banyak. Memang agak lemau nak taip blog. Bukan takde cerita, tapi mood lebih beristirehat.. Beristirehat la sangat. BW sahaja setakat ni.
Semalam hari jadi adik AFIQ :) Alhamdulillah cukup 1 tahun dan paling bangga dengan diri sendiri, masih mampu memberi susu ibu :) tepuk sikit hihiii
Tak ada kek bagai, karamel atau apa2 juadah yg istimewa semalam. Mok buat keputusan kepit adik afiq, layan dia puas2. Minum syusyu banyak2 hihi.. Best dapat golek2 dgn dia, lepas buli dia jugak hahaha. Ops bukan dera ehh.. Mok suka ngusik dia tau! Sebab dia suka buat mulut muncung hihii, tak padan dgn lelaki la adik nih tau.
Start dah dia main gigi.. Gatai sangat la tuh. Hari Isnin depan cek-up dan injection. Harap adik tak demam ye... Berdebor nak tunggu berat timbangn dia.. rasa2 tak sampai 10kg huhuhu...

Hah! pagi ni santak ke tengah hari ni daku sibuk kemas rumah. Baru sudah ruang tamu depan. Itu pun tak siap sepenuhnya. Abg aqil pun tolong mok dia lap kerusi tau :)) Lebih rela tolong mok dr suruh dia makan... tamo makan tau! dah sudah baru teman dia makan... Bagus2 besok2 tolong Ma lagi ye :))


Apa ini?
Tunggu next entry ye.. Insyaallah
Semua org tak sabar nak raya dah ni... Post pun byk terperap!
:))

8 comments:

Unknown said...

wahh..da mood mengemas utk raya ke..

baju raya anak2 pun kami tak cari lagi T_T

Unknown said...

ang dapat adiah ke mek?
tahniah!
hahahahaa-

Unknown said...

As salam Shima/Chemot,

Baca nostalgia Ramadhan Wan tadi...hehehe... Lawak ye... nasib baik ade heroin...hak hak hak :D

Tahun ni relax sikit... maid tolong buat semua...malas lah... mood ting tong ;p

Take care... Afiq, birthday boy- be good :))

Mohd Najib said...

nak dtg raya uma akak boleh? hehe..
uma akak ada buat burasak?
sy kt KL lagi..jumaat baru balik JB..

Cho Zila said...

tahunni tak teringat sangat nak berkemas bagai entahler.. belum mulapun lagi nak tukar langsir dan sarung kusyentu..
afiq.. happpy birthday.. moga jadi anak soleh..

Mishter Izwän said...

singgah sini utk pertama kali. selamt berblog

NzA said...

dh mula mengemas ye shima....akak ni mood nk blk kg trlebih sudah..rumah xkemas apa2 lg...rasanya nk kemas pn xguna cz nk tinggalkn 1minggu tu..InsyaAllah blk sini nnti baru kemas...hehehe...alasan org byk pnyakit M.

TQSM dear sis, kad raya yg cun akak dh terima last week....br smpt daki tangga ke bilik guru n baru tgk kad atas meja.....

IntaNBerliaN said...

sy mengemas mggu lps... lenguh 1 bdn tp arini dh bersepah balik. hihii

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.