Asyik ambil cuti ajer blog ni kan heheheee...
Okey hari tu daku dah share resepi Biskut Oat Coklat Chip
Buat creampuff tak jadi T_T
Kali ni share resepi chip coklat fudge! nama kemain lagi kan fudge lagi tu :)
Masa nak raya tu nak buat resepi fudge ni la tp tak sempat dan terbuat pula biskut oat coklat chip... Banyak sangat resepi coklat chip tu yang jadi keliru bila selak2 buku resepi ku hihiiii
Jom cek bahan-bahannya ;
1/2 cwn tepung gandum (75grm)
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh serbuk kopi segera
470grm coklat masak (dicincang)
1/4 cwn unsalted butter (58grm)
1 3/4 cwn gula castor (370grm)
4biji telur saiz A
1 sudu teh esen vanila
3cwn chip coklat
Cara-cara ;
Cairkan coklat masakan bersama mentega hingga cair berkilat
Boleh gunakan kaedah double boiling, cairkan dalam microwave atau cairkan terus atas dapur, tapi hati-hati supaya cokat tidak hangus yang akan mengakibatkan pahit. Gunakan api yang perlahan.
Satukan tepung, baking powder, garam halus dan kopi segera, kemudian di ayak
Dalam bekas pemukul, putar telur dan gula sehingga putih dan pekat ~ anggaran 5 minit
Masukkan esen vanilla, campuran coklat dan mentega yang telah dicairkan putar rata.
Tambahkan adunan tepung yang telah di ayak dan gaul rata
masukkan cip coklat dan gaul sempurna
Tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 1 jam. Sebaiknya di simpan semalaman.
Panaskan ketuhar pada suhu 180 C
Sudukan adunan di atas tray yang di alas dengan kertas pembakar
Susun jarak-jarak kerana cookies ini mengembang bila di bakar
Bakar dalam oven selama 15 minit, sehingga permukaannya retak- retak atau merekah
Pastikan cookies tidak terlebih bakar
Keluarkan dari oven dan segera tanggalkan dari kertas pembakar
Susun atas redai hingga sejuk sebelum di letakkan dalam balang kedap udara.

Resepi ni shima ambil dari blog masakan terkenal. Kak Azlita. Blog MasamManis
Tapi shima ubah sedikit sebab asalnya biskut ni chewwy goowy (ehh betul ke eja ni ;p). So macam lemau sikit, shima tambahkan tepung lagi dan try error. Suhu oven pun kena try n error sebab ada juga terhangit 2-3kali hihihi... Lagipun coklat masak yg ku guna kurang dari kuantiti yg disyorkan hahahahaha... dan adunan adalah sedikit cair.. Masa masjlis hantar minang tempoh hari dapat la keluarga shima merasa cookies ni. 2botol habis sekelip mata. Masing2 kata sedap tapi kena kurangkan gula sedikit sebab coklat masak kan dah manis... 1st time buat memang ikut sukatan betul kan haaaa nanti nak buat lagi, dah ada permintaan hahahahahaaa.... Seronok tau air tangan kita orang suka makan :)
Cookies yang kononnya nak buat untuk raya haji tapi dah habis :)
Rupa cookies fudge tu tak berapa cantik tapi rasanya mabeles. Penuh dengan rasa coklat. Nanti nak buat nipis ala2 florentine kan.. versi coklat la tapi...
4 comments:
Kakcik suka makan, tapi tak suka buat... hehehe
ruper x braper pntg tapi raser sgt2 lah pntg. he3 ;)
boleh bisnes ni shima..haha..
teruja plak sy tgk.. ni yg rasa nk try ni.. hihii
Post a Comment