NUFFNANG

Monday, December 10, 2012

Transformasi pintu pagar ala belasah je lah!

Entry sebelum mention pasal pagar rumahku kan...

Sebelum ni jiran ada beritahu yg ada anjing dok lepak kat garaj dia (jiran xde pagar-open). Bila dihalau pun selamber je dia.. Daku tak perasan pulak anjing apa dan bila masa dia lepak situ.. Rupanya dia lepak memalam buta. Suatu hari tu baru terjumpa anjing ni.. Kecik je warna ceklat... so far mmg tak masuk rumah daku la sebab berpagar... Jiran ni dok siap beli lastik nak lastik anjing ni.. Belum kena lastik lagi, malah baru nampak batang hidung jiran, anjing ni dah lari lintang-pukang sambil berdeking-deking bunyiknya! Macam kena kejar hantu plok hihihi.. Dengan kucing pun dia takut...

Tapi tulah haii... tup-tup satu pagi tu daku buka pintu tengok bersepah2 selipar, kasut, stokin kerja en.Ayah.. Kena pulak kasut adik afiq sebelah kat depan rumah jiran 31, sebelah lagi kat depan rumah 35.. Rumah daku 33... Sah! ni memang keje anjing ceklat tuh.. Rumah akak sebelah pun dia rembat bukan takat kasut, stokin pun dia buat main.. Sampai la dah 4kali dia masuk... errr macam mana daku perasan ekk? sebab Ada je benda beralih la kalau sah2 dia masuk rumah.. Hari tu penyapu jatuh, kain lap ku entah ke mana, last stokin Ayah dia bawak lari.. nasib la stokin dah burok koyak2 kan... Daku tak tahan... Pepagi lagi dah amik kotak yg kusimpan untuk jual terus ukur2, ngam, terus la pasang kat pagar tuh... En.Ayah geleng kepala je tengok bini dia kerjakan hahaha.. geram la mana tak geram kan.. masuk rumah curi barang plak.. Dah la garaj tu tempat anak2 bermain kan.. Haaaa... nak tengok apa yg ku kerjakan sila perhati gambar...


huahuahua... jadilah kan daripada takdak... Kotak pun kotak lah.. nasib kotak besar, bekas kotak dapur gas ekekeke.. Cuma kalau hujan mau basah lunyai jugak kotak nihh huhuhuuu... Dan malam tadi ku belek2 xde yg tak kena... Alhamdulillah la dia tak dapat masuk lagi... Harap2 mmg tak kacau lagi dah.. Jiran sebelah lagi satu pun pakat kejar anjing ni geram punya pasal... Yg pelik tu dia main kat deret rumah kitorang jer... Rumah lorong lain dia tak kaco pun! eeeee... geram!

* semalam hujan lebat... kotak masih berdiri teguh, tapi adik afiq pulak dok usik-usik nak koyakkan kotak tu yang masih lembab huhuhuu... apa pun syukur sebab masih ok dan dpt halang dari dimasuki anjing! *

5 comments:

syawalsimpsons said...

jgn ada kan pagarnyer

Unknown said...

terbaek!
ang tembak je hanjing tu..hahahaha

IntaNBerliaN said...

oklah ltk kotak pun dr anjing duk main semua brg kita kan... janji dia xeh masuk.. hihi

Unknown said...

As salam Shima,

Cian plak dgn anjing tu... boleh call majlis bandaran kot mengadu ada anjing liar... maybe dia lapar tak Shima...

Unknown said...

kalau nak proper sikit pasang yang mcm dawai kotak2 tu.. pernah tengok diorang pasang kat pagar jugak.. hanjing ni kalau curi tu satu hal.. kalau dia membuang tu pun boleh jadi hangin gak kan..hahaha.

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.