NUFFNANG

Wednesday, November 7, 2012

Topik hangat lagi....

Haiiii la asyik jumpa topik hangat ajer minggu ni... Telingo daku pun hangat jugak... Makin tak kedengaran. Pukul 4 karang titis lagi obat..
Okehh apa yang hangat tu? Yang pasti bukan hangat-hangat tahi hayam okeh :)
Baru minggu lepas kecoh di sebuah kumpulan ibu mnyusu tentang reaksi rancangan Galaksi tv9 mengenai seseorang menyusukan anak di tempat awam.. Macam2 komen kita boleh baca yg pasti ramai ibu2 yg menyusukan bayo tidak bersetuju.. Siapa yg masuk group tu tahu la yer :)) Dan soalan dijawab oleh penerbit rancangan tersebut... Daku copycat la untuk tatapan kawan2 yg tak ada facebook..


Salam semua.

Terima kasih atas maklumbalas anda terhadap Galaksi siaran Jumaat 2hb Nov '12 lepas. Setelah saya meneliti komen tersebut serta mengkaji secara terperinci kandungan siaran tersebut, saya dapati berlaku sedikit salah persepsi dari satu pihak terhadap laporan berkaitan penyusuan anak oleh seorang artis berkenaan (demi utk menjaga aib artis berkenaan tak perlulah kami sebut nama beliau).

Untuk maklumat semua, kami menerima satu aduan dari seorang orang awam yang mengadu kepada kami melahirkan rasa kesal dengan sikap seorang artis yang sedang menyusukan anaknya 'sehingga menampakkan asetnya'. Aduan itu disampaikan kepada co-host Galaksi iaitu Rock Kiah Propa, lalu Rock Kiah melaporkan menerusi panggilan telefon kepada host Galaksi iaitu Ikhwan & wartawan Sya di studio ketika itu.

Perlu difahami bahawa laporan tersebut sama sekali BUKAN menyindir, menghina, atau apa sahaja tindakan negatif mengenai perlakuan menyusukan anak, tapi menegur sikap orang tersebut yang seolah sengaja 'menampakkan aset'nya kepada orang ramai yang kebetulan lalu di kawasan itu. Bukankah itu kurang manis?.

Moral dari aduan / paparan itu ialah menyusukan anak walau di mana sahaja bukan suatu perbuatan tak bermoral malah ianya suatu perbuatan mulia. Tapi seeloknya biarlah dilakukan dalam keadaan yang agak terlindung. Kalau pun terpaksa di kawasan ada orang lain, eloknya tutuplah dengan baju atau kain tudung atau seumpamanya agar tidak mengganggu penglihatan orang lain. Itu lebih sopan bukan?. Maklumlah moden macam mana pun kita tetap orang timur.

Mengenai reaksi wajah host yang dikatakan seolah geli atau beraksi jengkel terhadap aduan / laporan itu, reaksi itu sebenarnya tidak ujud. Apa yang terpapar dari reaksi wajah spontan Sya & Ikhwan bila mendengar laporan menerusi panggilan telefon dari Rock Kiah ketika itu ialah reaksi mereka juga kurang bersetuju dan terasa malu dengan perlakuan kurang manis itu. Sekali lagi diingatkan, bukan kurang setuju perbuatan orang itu menyusukan bayinya (breast feeding) tapi kurang setuju bila dia seolah sengaja mendedahkan asetnya sampaikan boleh terlihat oleh si pengadu. Memanglah si pengadu itu juga perempuan, tapi bukankah lebih elok atau manis jika berlindung dari penglihatan walau oleh kaum sejenis?.

Kekeliruan berlaku bila paparan yang membawa mesej 'jangan menyusukan anak sampaikan terdedah aset kepada orang ramai', telah disalah tafsirkan sebagai 'jangan menyusukan anak (breast feeding) kerana perbuatan itu seolah jijik' atau seumpamanya. Kekeliruan ini jadi tambah hangat bila dipaparkan di sini lalu disambut oleh beberapa pihak lain yang sebenarnya tidak menonton, tidak tahu terperinci, cuma tahu samaada dari mulut ke mulut atau cuma menerusi membaca komen ini di sini lalu terus turut bersuara. Sudah tentu ini mengundang kekalutan bukan?. Kekalutan inilah yang perlu kita jernihkan semula.

Jika diteliti semula pada tiap bait ayat oleh samaada Kak Rock Kiah, Ikhwan atau pun Sya ketika paparan itu, langsung tidak ada walau sebaris ayat atau perkataan yang berunsur penghinaan pada breast feeding atau seumpamanya, malah laporan itu disudahi dengan nasihat / teguran supaya perkara 'mendedahkan aset' ini tidak berlaku lagi atau dilakukan oleh orang lain. Tak salahkan kalau kita saling menegur atau mengingati?.

Sebagai penerbit Galaksi utk tahun 2011, 2012 dan seterusnya 2013, saya mahukan Galaksi muncul sebagai sebuah program yang walau sensasi (untuk kepentingan 'rating' program serta memenuhi citarasa penonton) tapi sentiasa menyalurkan teguran & pandangan baik secara tidak langsung, malah sentiasa memberi ruang dan peluang pada kalangan penggiat seni utk meluahkan apa yang kurang selesa dalam karier mereka & persada seni tempatan. Semua ini dilakukan dalam keadaan yang tidak begitu ketara, cuma boleh disedari bagi mereka yang benar teliti sahaja. Itulah apa di sebalik kesensasian Galaksi.

Mengenai saranan satu pihak agar kami meminta maaf secara terbuka mengenai isu ini, saya pula merasakan jika sekiranya benar berlaku kami menghina penyusuan bayi (seperti yang dikatakan), atau ada ayat atau perkataan atau perlakuan dari kami yang sahih ke arah itu umpamanya, memang sudah sewajarnyalah kami memohon maaf secara terbuka. Kami sedia berbuat demikian jika benar ini berlaku. Tapi hakikatnya kami langsung tiada nawaitu atau niat ke arah itu, langsung tidak menghina (seperti yg dikatakan), tidak mengejek atau menyebut ayat atau perkataan atau membuat sebarang perlakuan yang menggambarkan demikian. Apa yang berlaku cuma salah tafsiran atau salah persepsi satu pihak terhadap apa yang dia fahami mengikut pemikiran dia.

Apa pun, saya tetap merasakan bersalaman untuk merapatkan silaturahim sesama kita adalah sesuatu yang baik. Semoga kekliruan atau kesilapan tafsiran ini tidak berulang demi kebaikan kita bersama.

Terima kasih kerana menonton dan memberikan maklumbalas kepada Galaksi. Jadikan Galaksi sebuah program infotaimen tempatan yang walau sensasi & kontroversi tapi menjana persada seni kita.

Yang ikhlas :
NAS AHMAD
Penerbit / Wartawan Galaksi.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=300659883373035&id=164641226974902

Dan hari ni daku ditag seorang sahabat di FB... pun melibatkan MENYUSU BAYI ANDA! Apakah? Jom terjah link ini  >>>> 


UV ko naik ke haper daku tak kisah.. Bukan nak pomot blog ko ekkk sorry... 

Komen daku... Breastfeeding pun dah ada teknologilah! bukan takat henpon, pc, tv ajer.. Kalau pakaian mengikut syariat ISLAM tak akan ada sekelumit kuman pun ang dapat tengok itu bonjol2 dari atas sampai ke bawah! NEHI! haaaa kan dah speking dah... TEPUK DADA TANYA IMAN... Kalau ang nampak bonjol2 tu, cer kaji balik mcm mana gaya ibu itu sendiri... Gambo ang guna mmg tak kena gaya.. Dah sah gambo org bukan Islam dapat la ko tengok buat kesekian kalinya... tak ke hipokrit tu namanya? Siap mention nampak .. tut... itu bukan TERNAMPAK namanya... Itu mmg dah... adessssssss! Post ang pun ang tag SEXIEST kannnn... nampak tak apa tak kena disituuuuu....

4 comments:

Yaya Azura said...

org lelaki nie pelik banyak,pompuan pakai seksi terbonjol sana sini tak nak kata..BF tempat awam secara menutup aurat terangsang pula..haih..

Unknown said...

komen mamat tu tak salah..tapi perspektif dia melihat tu yg silap.. takkan dia nak samakan pompuan malaysia dengan omputeh.. lain.. zaman skang ni macam2 jenis shawl dan kelengkapan menyusukan anak yg menutup aurat ada..

suami saya pun tak gemar nak bagi saya bf in public..sebaiknya cari tempat terlindung sikit..

IntaNBerliaN said...

saya dah g terjah entry tu.. setakat ni sy xpnh plak nampak yg menyusu sampai ternampak aset kita tu... rasanya semua ibu2 pandai nak cover aset masing2 kan...

sy pun pnh menyusu kat luar.. biasanya kat kedai mknlah.. hihii.. tp saya awai2 lg ms msk restoran, akan pilih port yg ujung2 sikit...

cerita best said...

x pa ko komen je pakjoe selalu tgk kt spam

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.