Contoh Jadual Pemakanan Using 4 day Rule
"Peraturan Tunggu 4 Hari" adalah satu cara yang benar-benar mudah untuk memeriksa tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap pengenalan kepada makanan baru seperti sensitiviti makanan atau alahan makanan.
Ingatlah bahawa makanan juga boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti sakit perut, kembung dan sembelit. Cara mengamalkannya ialah memperkenalkan makanan baru, satu makanan pada satu masa dan berturut-turut selama 4 hari. Sebagai contoh, bayi diperkenalkan kepada avocado pada hari Isnin dan kemudian menunggu sehingga Khamis ini untuk diperkenalkan kepada makanan lain - contohnya apple. Maka pada hari Jumaat bayi boleh mencuba apple.
Apabila anda memperkenalkan makanan baru sepanjang beberapa hari, anda lebih berupaya untuk menentukan dengan tepat tindak balas sistem pencernaan bayi terhadap makanan tersebut. Ia adalah penting untuk mengikuti perintah "tunggu empat hari" apabila memperkenalkan bayi anda untuk makanan pepejal yang baru, terutamanya diperingkat awal. Ianya PALING PENTING jika anda dan / atau ahli keluarga anda mempunyai sejarah alergi makanan.
Selepas empat hari menunggu dan memperkenalkan makanan baru pada satu-satu masa juga akan membolehkan anda dengan mudah memulakan "diet pengingkiran" jika berlaku sebarang reaksi . Jika anda mengesyaki bayi anda mempunyai tindak balas kepada makanan baru, anda akan BERUPAYA MENENTUKAN makanan yang menjadi penyebabnya.
4 days pertama : 1 type of fruit (contoh apple)
5-8th day : apple (apple sauce) + bubur beras 0
9-12th day : 1 type of new fruit (contoh pear) with bubur beras 0 atau oatmeal
13day : apple sauce + pear puri + bubur beras 0 (i call this "waktu rehat" hehe)
14th day : apple sauce + pear puri + oatmeal (i call this "waktu rehat" also)
15-19th day: 1 type of new fruit (banana) + bubur beras 0 atau oatmeal
20th day : banana puri + apple sauce + bubur beras 0 atau oatmeal
21th day : banana puri + pear puri + bubur beras 0 atau oatmeal
22-25th day : 1 type of vege (contoh peas) + bubur beras 0 atau oatmeal26th day : combo apple sauce + peas puri + oatmeal ("waktu rehat")
27th day : combo apple sauce + peas puri + bubur 0 ("waktu rehat")
28-31th day : 1 type of new vege (contoh carrot) + bubur beras 0 atau oatmeal
dan seterusnya - means dalam 1st month 1 manage to intro
2 jenis grains
at least 2 jenis new fruit and 2 new vege
*pear or apple or banana & peas or carrots tu tak semestinya choose yang itu...ada banyak choices boleh check kat sini
Wassalam...
3 comments:
si baby dah mula makan yer,,
kakyong anak2 dah besor.. lain pulak cabarannya..
hihihi ha'ah kakyong. Ni la baru2 belajar cara mkn baby dgn betul :)
aku masih menuntut lagi.tiru ko jerlah.sofia tak mo makan sangatlah
Post a Comment