NUFFNANG

Saturday, January 15, 2011

Bayi Anda Yang Belum Lahir Perlu Penjagaan Pemakanan Awal

Bayi Anda Yang Belum Lahir Perlu Penjagaan Pemakanan Awal
Pemakanan yang betul sebelum dan semasa kehamilan adalah penting untuk
kesihatan anak anda, dari saat dia dilahirkan dan juga seterusnya.


Oleh Profesor Madya Dr Tan Ay Eeng, Pakar Obstetrik dan Ginekologi.


Ramai wanita sering mengabaikan keperluan pemakanan mereka sehinggalah mereka sedar yang mereka sedang hamil (selalunya setelah hamil enam minggu). Ianya adalah penting bagi anda untuk menyedari bahawa penjagaan pemakanan sebelum, semasa dan juga selepas kehamilan adalah kritikal untuk kesihatan anda dan juga bayi anda.

Mengapakah penjagaan pemakanan penting sebelum dan juga semasa kehamilan?

1.Wanita yang mengamalkan tabiat makan yang baik akan memulakan kehamilan dengan simpanansimpanan nutrien yang penuh dan berat badan yang sihat.

2.Pemakanan yang baik adalah penting bagi tumbesaran dan perkembangan bayi yang optimum serta memainkan peranan yang kritikal di dalam menentukan kesihatan mereka di kemudian hari.

Adakah ibu-ibu hamil hari ini mengamalkan pemakanan yang baik? Bagaimana pula dengan anda?.
Malang sekali, kekurangan zat makanan pada ibu masih merupakan satu masalah, samada sebagai pemakanan yang tidak mencukupi ataupun terlebih berat. Masalah-masalah sedemikian boleh berpunca daripada tidak memenuhi keperluan tubuh yang memerlukan pelbagai jenis makanan yang berbeza atau kekurangan nutrien-nutrien atau vitaminvitamin tertentu yang diperlukan oleh ibu dan bayi.

Tahukah anda?
Wanita yang kekurangan zat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan...

Bayi dengan berat badan yang tidak normal semasa lahir

1.Ibu-ibu yang kekurangan berat badan atau kekurangan nutrisi berkemungkinan melahirkan bayi yang rendah berat badan semasa lahir. Bayi-bayi ini lebih berkemungkinan untuk membentuk komplikasi-komplikasi yang akan menjejaskan organorgan penting dan juga akan lebih mudah terkena jangkitan.

2.Ibu-ibu yang mempunyai berat badan yang tinggi menghidapi risiko untuk menghidapi penyakit diabetes mellitus dan melahirkan bayi yang besar. Bayi-bayi ini pula berkemungkinan membesar menjadi kanak-kanak dan orang dewasa yang terlebih berat serta berkecenderungan menghidap penyakit-penyakit seperti diabetes jenis 2 di kemudian hari.

Bayi dengan kecacatan kelahiran
Satu daripada kecacatan kelahiran yang paling lazim adalah kecacatan tiub neural yang berpunca daripada pembentukan otak atau saraf tunjang yang tidak betul akibat daripada kekurangan nutrien-nutrien tertentu sebelum dan semasa kehamilan.

Bayi dengan kecacatan mental dan kerencatan akal
Bayi-bayi ini akan lebih berkemungkinan mempunyai IQ yang lebih rendah dan kerosakan otak serta deria.


DUGAAN SEMASA MENGANDUNG


Melihat dan menghidu bau makanan membuat saya muntah

Saya terpaksa makan roti kosong! Bukan mudah untuk mendapati makanan yang tidak menimbulkan rasa loya atau muntah (dikenali sebagai ‘penyakit pagi’). Namun begitu, perut kosong akan menyebabkan keadaan bertambah teruk. Makanlah beberapa sarapan kecil dalam sehari, bukan tiga sarapan besar. Anda perlu makanan lemak rendah dan tidak berbau serta mudah dihadam, seperti nasi kosong, roti bakar, ubi kentang rebus, bijirin, buah-buahan lembut dan sup jernih. Elakkan daripada makanan berlemak atau goreng. Untuk kelegaan, ambil air halia, teh halia, minuman isotonik, teh kosong atau air barli sejuk

~Ku idok le smpi cenggini cuma tgok tin susu tu jer dh loya huhu.. Bila nk start minum susu nih? Ntah lerrrr.... Dok minum fresh owennn jerk~

Saya sentiasa mahu makan gula.

Tiap-tiap kali pun macam itu. Gula hanya satu contoh. Ada wanita yang mengidamkan jeruk, acar, coklat, cili dan lain-lain makanan yang tidak pernah diidami. Tiada bahaya dalam memuaskan keidaman, asalkan jangan keterlaluan sehingga hanya makan itu sahaja dan mengabaikan makanan lain.

~Betol betol betol, tp la ni kena kurangkan eheh.. Coklat! Milo!~

Saya minum banyak air, tetapi masih sembelit.

Pergerakan sistem pencernaan pasti dipengaruhi kerana bayi bersandar atas usus anda. Betul pendapat anda untuk minum banyak air. Anda juga boleh memperolehi cecair daripada jus tidak manis dan sup. Memakan lebih makanan yang kaya dengan fiber akan mencegah dan meredakan sembelit. Makanan seperti bijirin, roti bijirin penuh, sayur-sayuran dan buahbuahan (terutamanya prun) baik untuk anda.

~Alhamdulillah sy tak ada masalah susah buang ayaq besaq nih! Sonang! Mak sy kata kalo masa ngandung senang 'buang' maka masa pantang pun kita senang nk 'membuang' insyaallah. Tp now kat klinik ada la cecair tuk melembutkan najis tuh mcm minyak sket~

Ibu mertuaku sentiasa beri saya makanan. Dia kata saya sedang “makan untuk dua”.

Tidak, anda tidak harus “makan untuk dua”. Pertambahan berat yang berlebihan ketika hamil mengakibatkan masalah kesihatan untuk anda dan bayi. Anda akan mendapati susah untuk mengurangkan berat selepas bersalin. Sebagai panduan am, jika berat badan sebelum hamil adalah
normal, berat badan anda sepatutnya meningkat sebanyak 12 – 16 kg.

~Ha yg ini den takleh nak kato apo la pasai den dah xde omak abah mertua huhuhu~

Saya dinasihatkan supaya menjauhi daripada makanan ‘sejuk’, ‘berangin’, ‘panas’ dan ‘beracun’. Tinggal apa lagi yang boleh dimakan?

Itu adalah pantang larang tradisional yang belum dibuktikan secara saintifik. Namun jika pantang larang tersebut (seperti tidak makan cili, nenas atau minum air kelapa) membawa sedikit kelegaan kepada anda, mengikutinya tidak mungkin berbahaya. Elakkan daripada keterlaluan seperti tidak memakan makanan yang mengandungi zat penting.

~Ada gak la yg tak mkn biasanyer utk trimester pertama kan kena jaga kan... Cuma hr tu taktau ngandung mkn nenas, tembikai, tapai huhuuuu alhamdulillah xde pape berlaku~

2 comments:

Anonymous said...

weh tulisan warna merah jer kuar yang lain tak nampak..huhu penat kena drag..

aku makan gula n asam bila rasa loya.yang num2 banyak gitu.ingat nak tukar mkn kurma plak.susu minum tak jerk.makanan lain bulehlah makan.cket2

Unknown said...

iye ke? Tulisan warna pink latar blkg kaler grey.. Huhu...kenapa eh? Aku bukak ku nyer ok jer.

Aku asam2 tak mkn tp air jus limau kotak tu aku minum.Orange pun aku leh mkn.Aku blom nk minum susu lagi la.. Tgok tin susu tu je dh loya haha

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.