NUFFNANG

Thursday, November 14, 2013

Wira ku kena cium..?

AllahuAkbar!

Ok la nak cerita sikit susulan kemalangan malam tadi 9Muharram @ 13/11/2013.
Bertempat di kedai makan JDT,sg.mati..
Selesai pelayan ambil order kami, dalam 1minit tu terus terdengar bunyi letupan.. Kami termasuklah pekerja2 kedai toleh ke jalan untuk melihat apa yang berlaku.. Astagfirullahal'azim.. Ada rider terlanggar bontot kereta kami yang diletakkan ditepi jalan. En.Ayah dan pekerja2 kedai segera melihat kemalangan untuk melihat rider tersebut.. Mok jaga anak2 la, bahaya sebab lokasi di tepi jalan utama. Tak lama tu en.Ayah duduk semula. Ku ni terus la tanya itu dan ini hahaha.. Mujur la rider tersebut hanya mengalami luka-luka ringan sahaja. Luka tetap luka sebab dah jatuh kan... Bumper kereta ku terbarai mencecah jalan.. tercabut di sebelah kanan.. Kereta kami je pun yang parking disitu.
Dalam pada melihat rider yg belum beredar tu, kami perlu makan dulu. Tiba2 seorang pelayan kedai datang dan beritahu yang rider tu dah nak cabut... cabut lari la... Tapi kami tak kisah terutama en.Ayah.. Dia kata, " Dah berjodoh rider tu dengan bumper kereta kita, nak buat macam mana. Lagipun rider tu tak salah sebab ada kereta yang menghimpit rider tu sewaktu nak potong lori. Dua-dua nak potong lori. Rider tu pun ok, tak cedera parah. Tak apalah" Bukan daku je dengar, brader kedai makan tu pun join dengar sekali hihihiii..No wonder masa kejadian, ku terdengar hon lori!

Marah? Ambil tindakan?
Ini adalah kejadian ke tiga melibatkan Wira kami, dalam keadaan parking.. 
Pertama - wira vs bajak
Kedua - kena gesel kereta lain sewaktu kami shoping di Giant.

Kalau ikutkan hati nafsu memang marah la kan. Tapi nak marah kat siapa? Marah pun bukan dapat duit. Kita anggap aje semua yang berlaku tu adalah perancangan dari Allah semata-mata. En.Ayah memanglah setenang air dikali, dan berharap diriku juga begitu..

Nak tahu tak? Sebelum kejadian.. Petang semalam, Shima bawa kereta dengan anak2 ke kedai kek dan ke bank. Dalam perjalanan ke bank hati ni memang rasa sesuatu.. macam ada yang tak kena. Rasa macam nak balik, takmo gi bank. Tapi shima tetap juga belok ke jalan menuju ke bank.. hemmm. Hanya tawakal aje. " Ya Allah janganlah berlaku apa2 dengan kereta ni sewaktu aku bersama membawa anak-anak. Selamatkanlah kami hingga kami selamat sampai dirumah " itu aje yang mampu ku ucapkan.. Alhamdulillah kami selamat. Tapi DIA kata kunfayakun.. Maka terciumlah rider dengan Wira kami pada malam harinya pulak..

1st - vs - bajak



Rider RXZ vs Wira

Kadangkala bila nak berlaku sesuatu, shima akan rasa tak sedap hati. Ada yang mengganggu. Macam darah gemuruh. Tapi shima tak pandai nak olah apa yang shima akan lihat @ apa yang akan berlaku nanti. Tak pandai nak berteka-teki... Dah berlaku, baru rasa gundah-gulana tu akan hilang... Sebab tu kami takmo salahkan siapa-siapa.. Masa kejadian tu pun, diri sendiri ni rasa macam tenang aje, relaks je, takde la rasa nak naik angin... kita terima aje. Lagipun kereta masih boleh jalan lagi.. En.Ayah pun dah ikat dengan dawai buat sementara waktu ni. Dawai memang ada dalam bonet kereta waktu tu., yelah takkan nak tinggal je bumper tu kat situ kan huhuhuuu.. Boleh je guna kereta sebelum dihantar ke bengkel... entah bila nak hantar ye hehehehehee... Untuk makluman, bumper wira ni pakai klip aje.. So lepas ni kita pasang yg sporty pulak. Lekat terus dengan body... Di bawah gambar yg ku tangkap pagi tadi.. Dah cerah barulah nampak segala kerosakkannya ^__^


nampak tak dawai tu hihihihiiii
(bahagian yg jatuh mencecah jalan)

Anak panah biru, parut lama vs bajak :)

 Dawai lagi! hahahahahaaa

Haaaa yang ni baru perasan, muncung ekzos dah hilang! kikikik..
Alololo terlopong dah dia.. takpe, nanti ada rezeki ayah tukar ekzos baru ekk, ekzos ni pun dah bocor!! erkkkkks! ^___^

Oh ya, yang langgar kami tu bawa motor RXZ.. Motornya pecah wizer depan yang dekat meter minyak tu.. apa namanya entah ye...
Bertahanlah wahai en.Wira. Lagi 2tahun habislah hutangmu dibank nun... Sihat sejahtera la kamu :D

Alhamdulillah kami pun selamat.

Besok sambung cerita Fraser's Hill lagi ye :) Insyaallah.










2 comments:

Unknown said...

allahuakbar.. kesian wira.. sampai hilang muncung ekzos kena cium.. hehehe.. hebat betul husband shima.. kalau saya, bermandi darah agaknya kat situ..hahaha...

IntaNBerliaN said...

Saya suka sifat cam hubby shima ni... cool je... saya pun kalu banda2 camni lebih suka pikir, benda dah jadi xda guna nak marah2.. lagipun apa yg berlaku semuanya bersebab.. nak uji kesabaran n keimanan kita je tu...

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.