NUFFNANG

Wednesday, September 25, 2013

Bibir Pecah; Terketap Gigi

Malang memang tak berbau..

Mungkin ada yang dah tahu cerita ni sebab shima ada kongsikan di facebook.
Berlaku pada 14hb yang lepas.. Kisahnya, waktu ni anak2 tengah menonton tv. Shima pula tengah baca surat khabar di meja makan.. Beberapa saat sebelum afiq jatuh memang mata mok ni memandang ke dia. Dia tengah jalan sambil tengok tv dan tersadung bantal kecik.. Dia jatuh je terus terdengar bunyi kuat "Tukkk" Hai la anak, berlari mok ni walau dekat aje.. Afiq dah nangis, terus suruh dia buka mulut tengok gigi atas ok takde patah, tengok gigi bawah haaaa darah dah bergenang-genang dah uhuiii pekat! Bibir aje yang pecah. Ada 4bekas gigi. Memang ngeri la, shima pun sampai macam blur kejap tak tahu nak buat apa. Sebab tak pernah anak2 kena macam ni. Cepat2 ambil sapu tangan dan tekap bibirnya biar darah berhenti.


 Dah diam dah waktu ni


 Tapi asyik nganga aje mulutnya dan jadi kering sebab dia tahan tamo tutup mulut
merengek sikit2. Yang buat shima ngeri bila dia gigit2 bibir yang pecah tu huhuhuuiii
Mok yg rasa pedih, sebal je bibir kan

 Bengkak sikit. Terus tido lepas nanges

 Gambar keesokkan harinya. Dia pun tak ingat sakit dah. Makan makin banyak ada hihiiii

Gambar lusanya.. makin kecik ulsernya

Sekarang dah hilang semua ulser tu. Meninggalkan sikit je parut kecil. Yang paling dalam la tu.. Takpe adik kuat kan :) Apa pun lepas ni kot terkena lagi boleh la cepat2 tuam dengan ais untuk kurangkan bengkak. Boleh juga sapu minyak gamat. Kalau tertelan pun tak apa walau rasanya huiiii memang tak sedap la...

Semalam pulak anak yg jiran jaga abis lebam matanya. Berlaku di rumah waktu naik basikal dan keadaan jalan tak rata, terus dia terjatuh dan matanya menghentam pasu bunga emaknya. Ada la kesan saperuh bulat bawah mata anak kecil yg sebaya afiq tu. Tepi mata hanya digam tak jahit. Ohya! peristiwa bukan berlaku di rumah pengasuh ye tapi rumah parents dia sendiri.. Itu la yang ditekankan malang tak berbau. Dah kena kita terima ajelah dan berusaha untuk lebih memantau. Bukan control tau.. Anak2 ni kalau tak berparut dan berdarah memang tak sah. Sebab semua dia nak tahu dan ambil tahu..

1 comment:

Unknown said...

Budak-budak chemot kalau tak cedera...tak sah.
Samala macam kita kecik2 dulu...selagi tak berdarah tak hebat lerrr...
Hahahahaha!

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.