Sumber : Mastika Mei2011
Amat tertarik membaca artikel dr majalah mastika yg ku beli. Mmg tiap bln ku beli Mastika ni. Jom baca saper yg blom beli tu..
Duhai apakah gerangan budi balasan,
bagi insan melahirkan membesarkan.
Bercucuran air mata bila mengenangkan,
betapakah besar budi ibunda berikan.
Siang malam menderita hingga entah bila,
Sungguh besar pengorbanan ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada doa puja restu,
syurga itu di telapak kaki ibu...
Doa seorang ibu lebih makbul drpd lelaki kerana sifat penyayangnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda "Seorg ibu lebih penyayangdrpd seorg ayah dan doa yg penyayang itu tidak sia-sia".
Rasulullah bersabda lagi "Wanita yg tinggal bersama anak2nya akan tinggal bersamaku di dlm syurga".
Apabila seseorg wanita itu hamil, sejak itu juga setiap hari para malaikat akan beristighfar untuknya dan Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn seribu kebaikan dan menghapuskan seribu kejahatan.
Apabila seorg wanita itu mula berasa sakit hendak melahirkan bayinya, maka Allah telah memberinya pahala bagai org berjihad ke jln Allah.
Setelah wanita itu melahirkan anaknya, maka terhapuslah segala dosa-dosanya ibarat seperti baru dilahirkan semula. Dan setiap urat yg putus semasa melahirkan itu maka Allah beri pahala bagaikan org yg menunaikan haji.
Setelah bayi itu lahir dan disusui maka setiap titis air susu itu diberikan pahala dan kebajikan oleh Allah.Dan seorg ibu yg menyusui bayinya sehingga dua tahun, para malaikat di langit akan mengkhabarkan bahawa syurga adalah wajib untuknya.
Apabila seorg ibu memberikan susunya kepada bayinya yg sedang menangis kelaparan, maka Allah memberinya bersamaan setahun solat dan berpuasa.
Seorg ibu yg bersengkang mata pada waktu mlm kerana menjaga anknya yg sakit, Allah memberinya pahala bagai memerdekakan 70 org hamba.
Seorg ibu yg menghiburkan hati anaknya, Allah memberinya 12tahun pahala beribadat.
Seorg sahabat dtg menemui Rasulullah s.a.w. meminta izin utk turut serta dlm perang jihad. Lalu Rasulullah bertanya:"Adakah kamu masih mempunyai ibu?" Ya, jawab lelaki itu. lalu baginda bersabda:"Jika begitu, tetaplah engkau bersamanya kerana sesungguhnya syurga itu terletak di bawah kakinya"
Ibnu Umar r.a melihat seorg lelaki sedang tawaf mengelilingi Kaabah sambil mendukung ibunya. Lelaki itu mengeluh sambil berkata:"Aku bagaikan tunggangan yg hinaterpaksa memikulnya. Apakah dengan ini aku sudah membalas budinya?" Lantas Ibun Umar menjawab:"Tidak! Langsung tidak mampu engkau balas walaupun sekdar satu helaan nafasnya semasa melahirkanmu".
Lihatlah betapa besarnya darjat seorg ibu disisi Allah.Pahala berganda diterima sang ibu hanya utk melahirkan dan membesarkan anak-anaknya.
Sayangnya segelintir ibu tidak mahu ambil pelunag ini. Sudah susah-payah tanggung sakit melahirkan, boleh pula bayi itu diletakkan di tepi jln, dlm tandas, tong sampah dan pelbagai tempat kotor. HInggakan belum sempat bayi kecil itu belajar mengenali dunia, terlebih dahulu dia dihantar 'pulang' semula ke syurga.
5 comments:
best! tq for sharing.
dulu2 suka gak baca mastika, ceritanya pelik2 kan..?? tp skrg dh lama dh tk baca.
saya suka aishah nyanyi lagu ibu ni. rasa rindu sangat2 kat aruah emak..
alhamdulillah. syukur eB dilahirkan sbg wanita.. :)
@Mama Likha - Best bln ni punya mastika sempena hari ibu n hari guru. Shima rajin gak beli hihi
@luckylizan - shima pun suka lagu2 aishah ni..
@eB - Alhamdulillah.. Sebab tu nk kongsi artikel ni. Best :)
saya sayang ibu saya...
Post a Comment