NUFFNANG

Wednesday, November 6, 2013

Zoo Melaka - mengimbau kenangan 9bln

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, Muharam 1435H benar2 membuatku ingin berubah ke arah yang lebih baik Insyaallah.. Semalam tengok rancangan di tv9 (tak ingat tajuknya).. Mereka diberi hidayah ketika di penjara dan seorang lagi mualaf cina... Terkesan sangat. Dan di tv9 setiap jam 7.30mlm ada rancangan My Journey To Islam : Lauren Booth.. Dah start dari 4hb, tp ku baru tengok semalam.. Ini pun sangat menarik.. Bukan sebab tengok tv terus kita nak jadi baik, tapi ada sesuatu....

Okey kita ke tajuk utama ^_^.
Al-kisahnya kami nak cari puzzle yang 1000keping tu. Waktu balik KL tempoh hari tak sempat nak belinya. Kelam-kabut sampai terlupa pula. Kebetulan en.Ayah cuti, dia ajak cari puzzle di Melaka. Dalam perjalanan terus en.Ayah offer nak gi Zoo tak? Anak-anak mengangguk aje la kan :) Seronok la mereka.. Bertolak selepas Zohor.

Di Tempat Tiket..
Tersenyum lebar Abg Aqil tu :D
Hemmm mok memang suka pakaikan anak-anak baju yang sama :)
korang suka tak?

Port Wajib ^_^
Suruh en.Ayah pose sekali tapi dia tamo pulak.. Malu katanya.
Tak ramai orang waktu ni.

Burung kakaktua Macau tengah makan jagung
Dalam air tu pun ada ikan-ikan kecil.

Haaaa masuk-masuk zoo, playground depan mata. Betul2 sebelah burung macau tu. Haruslah terjah anak-anak aktif ni. Cuaca waktu tu panas terik tapi playground dilindungi bayangan pokok ^_^ redup la jadinya kan. Kat sini pun jadilah kita bergambo..



Lepas main, jom kita cari air. Sebenarnya ada je mok bawa bekal air masak. Tapi Ayah nak kasi air kotak. En.Ayah pun nak minum juga air panas dan bersantai baca surat khabar ehhhh.. :)

Abg Aqil je yang bergambar sebab Afiq takut dengan gambar tu...

Jomlah kita naik tram aje. Nak jalan kaki, cuaca panas. Nyamuk pun banyak. Zoo Melaka tak sama macam Zoo KL. Zoo melaka lebih kecil, lebih belukar @ hutan nak nampak semulajadi. Haiwannya pun tak banyak.. Agak frust juga la disitu.. Haaa ni nak mengimbau kenangan sikit. 2tahun lebih lepas, kami jejak ke sini juga. Tetapi di waktu malam, dan daku tengah mengandungkan Afiq 9bulan.. 2 hari lepas ke zoo daku pun bersalinkan Afiq hihihihiiii...Waktu zoo malam tu dapat la pegang anak gajah. Jering namanya. Boleh beri dia makan dan bergambar. Dapat juga lihat penjaga memberi makan buaya. Ganassss!

Zirafah!
" Ukan, ukan.. tu unte " kata Afiq :)
(Bukan, bukan.. itu unta)

Rusa! - Sambar Deer
Disini ada macam-macam spesis rusa.
Gambar blur sebab jauh. Snap dari Tram sahaja. Pakai hengpon cokia je. Janji boleh ambil gambar kan. 

Kerbau.. Err namanya Banteng
Tanduknya mengancam!

Haaaa kita turun dari Tram sekejap...

Kita tengok Memerang!



Akhirnya dapat juga bergambo tiga beranak nih..
En.Ayah lagi susah nak diajak bergambar ^_^

Buaya Julung-julung.
Muncung mulut buaya sangat panjang. Ada pula seekor yang tersenget dah mulutnya. Kesian tengok. Gambar tiada sebab jauh.. Buaya yang kami lihat waktu zoo malam tempoh hari dah tiada... tak tahu ke mana perginya dan kawasan pun di larang masuk. Okey cepat naik Tram semula.. Pukul 4 ada show burung heheheheee... 1st time nak tengok show di zoo melaka ni..

Burung kakaktua main bola keranjang

Sambung buat aksi berguling-guling sambil bawa bola

Dan dapat ganjaran! Lihat je ekornya yang panjang tu...

Ini namanya burung botak.. Macam bangau.
Burung ni banyak kat loji rumah Emak shima... Hari-hari nampak :)

mereka berebut ikan

Haaaaa ni best! Catwalk dari itik dan flamingo
errr kena tukar la jadi 'birdwalk' ^_^
Pakai kasut pink!





Ada banyak show. Memang menarik. Terutama burung kenyalang. Rupanya burung kenyalang ni berbahaya juga. Tak memasal kang kena patuk. Terbang depan mata mok je dan mendarat kat orang sebelah. Dia tamo pergi ke trainer dia.. Mujur takde apa2 sebab MC dah warning jangan sentuh burung kenyalang ni... Mok tak dan la nak ambil gambar banyak2 sebab nanti terlepas pandang show yang menarik ni.. ^_^
Last session, minta en.Ayah ambilkan gambar kami pulak.... Chakkk!

Burung pun penat, gi minum sat ^_^

Tengok apa tu? Macam comel je.... hahahahaha

Comel la sangat ngintai muntut rhino..
Cuaca makin panas...

Tapir.. uhuk! 

Dah jom balik.. Anak-anak pun dah berpeluh sakan.. Gi mydin mitc sat, isi perut dulu dan cari barang yang dikehendaki. Abg Aqil dapat beg sekolah! hihihihihiii...

Sebelum tu cari FM dulu. Jumpa yang getah. Mok ambil 3 en.Ayah bayar ehhhhh! ^_^
" Tak habis-habis dengan magnet ni! " kata en.Ayah sewaktu mok request nak beli FM =P
Koleksi mok bukannya banyak pun.. Yang terbaru Zoo Melaka ni dan Fraser's Hill.. Cerita Fraser's Hill akan ku sambung lagi selepas habis mengaudit gambar, insyaallah!

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Dah 10 tahun kakcik tak masuk ke Zoo Melaka...

NzA said...

akak pn suka pakaikan baju sama masa 3F kecik2 dulu...senang dipantau...he3x....

wah mesti seronokkan heros tu dpt p zoo.....

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.