Mari bersambung kisah FH kami.
Sebenarnya percutian keluarga seperti ini adalah pertama kali. Ini pun tak semua adik-beradik dapat join.. Mungkin selepas ni kami akan bercuti-cutian lagi macam ni. Boleh share kos kan haaaa... pegi ramai2 lagi seronok. Betul tak? Oh ya, suami shima tak ikut, kerja. Jadi dia kirim duit ajer hahahahaaa.. Lagi pun suami shima tak tahan tempat sejuk2 macam ni. Hidung sensitif.. Mau kang dia terbaring aje di katil... Shima pun memang teringin nak pegi sini..Dah rezeki dapat juga jejak kaki ke sini ^__^ walaupun tanpa en.Abe.
Apartment tempat kami menginap.. SilverPark, Puncak Inn Apartment
3 bilik tidur, 2 bilik air, RM350
Apartment kami di puncak.. Kalau sewa hotel kecil, tak cukup kami anak-beranak..
Duduk apartment lebih selesa dan luas :) Semuanya hanya 4 tingkat.. Kami di tingkat 3.
Abg Aqil tanya, ini rumah siapa? Maklong tolong jawab, rumah maklong, tapi kena bayar ekekekekee..
Dapur. Kecil, tp selesa. Bukan nak masak pun sekadar masak air panas :)
Ada Dapur elektrik, Jag elektrik, Mug, Peti sejuk. Kopi, Teh, krimer, gula disediakan dalam peket kecil. Tapi kami bawa sendiri :) Stok makanan pun kami bawa. Maklumlah bila sejuk2 ni kan cepat aje terasa laparnya :) Kejap2 kunyah hihihiii.. Oh! biskut fudge yang shima buat dari muar habis dulu! hahahahaha
Master bedroom. Yang ni EmakAbah yang tido sebab ada bilik air.. Ada bath-tub lagi ^_^
Ruang tamu, snap dari dapur.. Kusyen sofa tu sangat besar. Satu kusyen boleh letak 4 kepala hahahahaaaa... Astro tak disediakan ye.. Tv masih pesen lama.. Tak kisahla sebab kami bukan nak tengok tv kan.. Kata nak release tension and relaxing :) Ada balkoni di sliding door tu.. Meja makan 6 kerusi. Semua stok putih bersih perabotnya.
Anak-anak la paling gembira! terutama dak tecik ni!
Suka bebeno dia. Orang lain sejuk, dia tahan tamo pakai stokin kaki! sampai ke malam! dah tido baru mok pakaikan huhuhuhuhuuuu....
Kemain bersantai ngan atoknya.
Sesambil tu layan minion 2 hahahahahaa...
Aksi sebelum
Aksi selepas
Semua pakat pejamkan mata. Nak berjalan lambat lagi, lepas asar. Yok la tido barang seminit dua kehkehkeh... Adikku awal2 dah selubung baju sejuk...
Bersambung lagi....
*Tak dapat ambil gambar kesemua bilik.. *
Satu benda yang kami perasan ialah... Kami memang tak jumpa kipas dimana-mana hahahaha..
Paling ketara masa di masjid, memang tiada kipas siling :) Hapesal pulak haku nak cari kipas nih????
4 comments:
sue tak penah sampai sini lagi...susah nak bejalan...en asbeen ni suke berjalan balik kampong..katanya tak kuar duit..mmmm
Sgronoknyer.ll ros xsmpai lg sana.. :(
Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya. Terima kasih.
ok x dojk c2? leh eB try nanti :)
Post a Comment