NUFFNANG

Sunday, July 14, 2013

Menyepi, Rindu Tak?

Marhaban Ya Ramadhan! Marhaban Ya Ramadhan! Mood seronok dibulan Ramadhan.. Ke mana Shima menghilang? Senyap sunyi aje blog ni tanpa butir perkataan.. Hemm biasalah waktu2 JEREBU tempoh hari, dengan anak-anak demam.. Mood lesu betui nak ngadap pc sebab sibuk anak2 ajak nak bermain sama-sama ngan mok dia... Kalau tak deme semua kaco mok buat keje huhuhuhuuu... Mesti la layankan ajer.. 

Tambahan pula bertungkus lumus nak perabihkan hutang puasa sepanjang sya'aban.. Memang lama tertangguh. Abg aqil + adik afiq punya.. Tiada kekuatan disitu. Alhamdulillah niat dan nawaitu kerana ALLAH ku berjaya habiskan hutang2 berkenaan.. Siap kira berapa fidyahnya lagi.. Insyaallah tahun ni bayar habis! sujud syukur! Nanges! Seminggu lebih sebelum ramadhan tiba ku dah habiskan ganti.. Jadi bila puasa ramadhan tak terasa penatnya.. dah biasa sbb daku buat straight! kalau buat Isnin, Khamis memang tak habis! 

Yang seronok tu, hari sabtu, 29/7 adalah hari terakhir hutang puasa.. Hari tu mmg banyak jemputan kahwin tapi ku tak pergi sebab perlu pulang ke kg suami.. Akak ipar nak buat kenduri tahlil, kesyukuran sempena nak masuk rumah baru dan bakal berangkat menunaikan haji bln ogos nanti insyaallah.. Kami adikbadik, ipar duai masak sendiri. Jadi kul 10 tu dah gerak balik kg dgn anak2 je, en.Ayah kerja! Tiada siapa yg tahu ku berpuasa yelah diam2 sudehh hihihiii... Ada yg bertanya baru la ckp.. Sampai biras ku tak cayo ku puasa, siap offer kuih lagi akakaka... dia kata ku bhohong hahaha.. Bila tiba azan maghrib maka ramailah bilal2 kat rumah tu hahahahaaa... Dari jauh dah dengo.. "Siapa puasa tu sila buka puasa" "Siapa yg puasa ni ha makan nasik" "Yang puasa tadi makan kuih ni" " Shima dah buka puasa ke belum?" hahahahahahaa  ramai sungguh yang prihatin.. Lepas tu apalagi LOMPAT BINTANG la mok sebab dah langsaikan hutang2 berkenaan... Perasaan yang tak boleh digambarkan!

Banyak beno ke menggantinya? Hemmm tolak campur abg aqil + adik afiq punya ada la dekat 40hari.. Mungkin orang lain lebih banyak lagi.. Atau daku punya yang banyak sangat nih!! 

Apa pun alhamdulillah sebab dapat langsaikan semua tu, lebih terharu lagi diwaktu adik afiq menyusu badan lagi... Tengah syok ganti, dugaan tiba bila adik afiq demam.. Dengan rendah hati ku stop dulu ganti puasa. Kasi dia nyusu puas2.. Jeram seluruh badan, mandi kerap, pakai pampes je.. Alhamdulillah dia demam sekejap sgt.. Malam rabu.. Jumaat pagi dah kebah!! Tapi TANTRUM selepas demam HANYA ALLAH YANG TAHU.. 1st time berdepan kerenah afiq mcm tu.. Sampai ayah pun penin... Tak lama tu waktu JEREBU KUAT abg aqil pula demam. Pesen lain dari adik. Abg akan baring, tido, tak mintak susu, jenis baik demam kalau muntah... Seharian dia hanya minum air masak secawan aje. Banyak habiskan masa dgn tido. Mok ni la kerap jeram dia, pakai sluar kecik je.. Alhamdulillah sekali lagi ank mok ni demam sehari je.. Sebelum maghrib dia dah mintak susu, besok pagi dah sejuk, berpeluh badannya dan mula dah potpet potpet hahahahaa haru biru mok akakakaaka...Sgt berbeza bila diberi ubat.. ambil masa 4-5hari nak baik..

Hah! kan dah cerita panjang.. Insyaallah akan menyusul lagi cerita ku.. jeng jeng jeng!

1 comment:

kesoma rai said...

adoi..banyak gila kena ganti tu.. paling banyak pun ganti puasa masa aqil - 20 hari. pengsan nak ganti.. ahaha..

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.