NUFFNANG

Monday, July 15, 2013

Kerepek Pisang Kapok

Tak terucap dengan kata-kata.. Pengalaman membuat sendiri SETANDAN pisang kapok untuk dibuat KEREPEK.. Dia punya penat toksah cakap, ado macam kacau dodol sorang2 tak hahahaha...
Jun lepas, jiran baik hati beri kami (daku & jiran jugak sblh rumahku) sorang setandan pisang kapok yang masih muda.. Ikut perkiraan, pisang tersebut akan masak menjelang Ramadhan.. Waktu gitu siapa la yang nak makan pisang masak ye dak? So dia pun bagi je, siap tebang pokoknya, siap pesanan penaja " korang buat krepek nanti jangan kasik kat aku, tak laku kat ghumahnya, budak2 tamo makan " haaa... cenggitu sekali dia warning! hahahaha.. Dan menjadi kali pertamalah bagi ku membuat kerepek pisang.

 Kerja lecehnya nak kupas kulit pisang tu. Pisang muda kan banyak getah! Sebelah tangan siap sarung ngan plestik TAPI kejap je, tersiat2 dah plestik tuh hahahaa... Bekerjasama dgn jiran sebelah yg dapat pisang jgk sambil borak2 kat kaki lima rumah.. TAPI kenapakah ku punya tak habis2.. agak tandan ku lebih byk pisangnya kott.. Letih woo nk siat sorang2 huhuhu.. sebab jirannya dah siap! Terkial-kial la ku nak ngabeskan ditambah pulak adik afiq nak nyusu.. aduiii dgn getah2 tu agak nak bagi ke? No no no.. 
Dapat la sebesen penuh.. Pastu REHAT aka tido hahaha... penat tau!
Cehhhh baru setandan, blom bukak kilang lagi hahaha.. hepp! kalo bukak kilang senang je pakai mesin! wakakakkakakaka... adoko?


 Sesi menggoreng dipetang hari

 pssttt... SAGAT pun pinjam jiran punya! hahaha.. Sagat ku tak leh pakai plok
Terima kasih jiran

owh ye, sahabat pernah buat kerepek pisang tak? Ku yg 1st time ni nak buat jenuh la menyoal puan jiran empunya sagat tu camno nak buat. Yang dia ajarkan, panaskan minyak (banyak), pastu sagat pisang terus ke kuali. Pisang yg dah dikupas tak perlu basuh tau. Dah penuh, masuk marjerin dalam sesudu lebih, selangseli 3-4x waktu menggoreng. Dah nak masak letak air garam ikut suka masin korang hihihi..
Petua lagi, masuk bwg putih ketuk dalam kuali kasi harum..

Penat jugak kerja menggoreng nih. Kena berdiri je. Nak sagat, nak jaga jgn kasi hangus dan melekat, nak angkat dan toskan...Gitu gini 3jam> ku dok menggodak aje kat dapur.. Siap perasan.. Agak tak luak2 pun pisang dalam besen ni!? hahahaha Bila nak habis! Ha tulah makan je sedap. Makan boleh habis sebotol di pagi raya ehh ehh.. Tapi tak tahu membuatnya je makan masa berjam-jam! Dah buat sendiri baru tahu! Lenguh pinggang mok!

 3 balang besar ni ku bawa balik kg waktu kenduri tahlil & kesyukuran. Biras ku mintak lagi pagi2 lepas kenduri hihihi... Syukur sgt habis! ingatkan tak laku sebab ku buat kurang masin miahahahaha..
Aisehh raya besok kena beli balang lagi buat simpan stok kuih, sebab balang atas tu dah kena rembat akakaka... aci tak..

Opss! ni belen lepas 3jam > berperang! Penat! tak larat! hahahaha mana nak habis cepat, sekali sagat je boleh masuk 3 biji pisang je! kali la sendiri berapa trip ku buat sorang2 wuwuwuwuwu...

Sahabat pernah ke buat kerepek pisang?

2 comments:

inazamri said...

pisang ni mmg sedap sgt buat kerepek kan.Teringat dulu masa kecik2 selalu tolong nenek sagat pisang tp buat kerepek pisang tanduk coz byk ditanam di tepi2 rumah

IntaNBerliaN said...

tu diaa... 3 jam xhabis2 lagi.. mmg penat ni.. sakit pinggang kan.. hihii

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.