Ingat lagi kisah Lam si ikan Lampam?
Kira2 waktu cuti sekolah bulan Mac lepas, ada seorang hamba Allah suruh lepaskan Lampam yang kami bela tu.. Yelah dia kan nak bebas juga.. Tetapi.. dok pikir2 mana nak lepaskan dia.. Kat sungai? Entah hidup entah tidak.. En.Ayah kata nak belikan lagi kawan untuk dia..
Lepas 2minggu ku bercuti di KL, balik ke Muar malam sejurus selepas majlis.. Sampai rumah kira2 jam 11> malam. Baru angkat dua-tiga beg en.Ayah perasan yang ikannya tak berlegar2 seperti biasa.. Rupanya Lampam ku dah mati.. Hari sebelum en.Ayah dah bagi dia makan cacing, banyak la juga. Habis dimakannya. La ni tengok perut dia pun berdarah. Habis keluar segala isi perutnya macam di muntahkan semula cacing2 tuh.. Alahai kesian Lampam ku.. En.Ayah memang ralat sangat. Esoknya dia tanam kat kebun depan rumah ni.. Pasni memang tak bela dah ikan lagi kot.. Hemm terfikir2 sebab dia mati.. Dalam hati ni cuma ingat masa kami takde tu, area rumah tak ada elektrik agaknya... Kesian Lampam.
Dah tak dengar bunyi air dia meloncat-loncat... Sunyi dah..
pic: google
4 comments:
alahai..kesiannya.. ngeri membayangkan dia muntah balik cacing tu.. erghh..
alahaiiiii.. terkilan kan
alahaiiiii.. terkilan kan
kenyang sangat ni..sedih pulak baca entry ni..
Post a Comment