NUFFNANG

Tuesday, August 20, 2013

Syawal datang lagi... En.ayah masak lauk raya sorang-sorang

Salam Aidilfitri pada yang sudi singgah.
Alhamdulillah, semoga ramadhan yg dilalui mendatangkan seribu erti..
Dan tiba akhir Ramadhan la ku mula merindui nya.. Tak puas..

Syawal tahun ni memang sangat lain.
En.Ayah masih kerja lagi di hari Rabu. Ikutkan jadual memang balik cepat, tapi barangan lauk-pauk belum beli lagi. Terus zasss je en.Ayah mencari sorang diri sejurus habis kerja.. Sampai rumah dah isyak.. Alas perut dulu, terus dikerjakan ketupat pun seorang diri menganyam sambil ditemani anak2 yang tolong mengacau.. Pukul 5pagi baru en.Ayah tidur.. Hanya sempat masak ketupat dan kuah lodeh aje.. dan sempat juga rebuskan daging. Ehhh ke mana mok pergi yer?

Seawal hari Isnin, daku dah rasa tak sedap hati. Masa tu tengah bawa kereta nak singgah kampung en.Ayah kejap.. tak jauh pun ada la dalam 20-30minit.. Sampai ke hari selasa pun emosi aje.. Lepas sahur hari terakhri ramadhan ku terus kena CB (cirit-birit) dan muntah2.. Entah berapa kali keluar masuk.. Tahu-tahu la bila berkeadaan begitu memang diri ni tak kuat nak teruskan puasa. Cuma minum air je.. Sampai la en.Ayah balik dari cari brg2 masak tu. Demam, sejuk kemahin lagik.. Lepas maghrib terus cari klinik.. Bagi ubat CB, muntah dan air garam oren tu.. pun ku rasa macam tak berkurangan selepas 2hari.. Malam muntah2, siang membuang.. Makan? langsung tak berselera. Takat air je yang boleh masuk. Kena pulak sengal pinggang macam bawak perut.. Loya.. betul2 rasa macam mengandung.. Tapi mustahil sebab baru je habis 'cuti'.. Tapi ragu2 juga sebab 'cuti' yan singkat tak macam selalu. Mula risau.. Terus cari tester.. Oh! tak lagi ^_^ negative.. Walau pun dua2 awal kandungan dulu pun keluar tanda cekelat je pun... Tapi rasa loya dan sakit pinggan masih dirasai hingga seminggu. Malam raya duduk rumah je ditemani adik afiQ, en.Ayah ngan abg aQil dah balik kampung jumpa sanak-saudara, main bunga api, mercun huhuhuhu... Sampai je rumah haaa ko selambak duit raya untuk anak2 hihihiii.. Adik afiQ pun dapat kiriman jugak walau dia takde.. Mahunya dia melalak aje kat sana sebab adik afiQ fobia bunyik mercun!!

Sewaktu tak sihat tumemang nk berjalan pun tak selesa.. Siap beralas lagi mana tahu kott2 nak tercicir jam2 tu jugak kan.. so, duduk rumah jelah.. Oh ya! Raya pertama tu kuat sikit la diri ni nak menyambung masak lauk raya.. Lepas zohor baru nak masak ayam msk merah, rendang daging... Itu pun tah apa rasa. Maklomlah tekak, lidah ni dah pahit.. Suruh en.Ayah rasa dia wokeyy je jawapnya huhuhuuuuu... Dia tak tahu ayam msk merah ku tu pedas ya hamatt hihihi...

Sempat juga bagi lauk2 tu ke kampung. Masak Burasak, ada yang mengidam nun dikampung. Untuk adikku je tak dapat nak makan lagi.. ngidam jugak!!! Hari Jumaat sebelum isyak haaaa ko! 7biji kereta datang bertandang, adik-beradik belah en.Ayah.. Riuh-rendah la rumah ni.. Itu pun sebelum mereka datang baru ku susun kuih raya dalam bekas kuih hahahahaaa... Kalau tak ngadap la sekali ngan telap2 tuh hahahahaaa..
Kalau Syawal tahun 2011, ku memasak lauk raya dalam pantang lagi. Larat! tido lambat lagi. Tahun 2012 raya sangat bererti sebab sebulan tak cuti penangan BF adik afiq. Tahun ni diberi ketidaksihatan untuk memasak pula :) Syawal ke7 baru ku selera nak makan-makan. Semua dah boleh masuk. Kalau tak lepas makan je loya balik huhuhuuu.. Kalah org pregnant ekkk. Yang best, Jiran sebelah buat majlis bertunan anaknya di syawal ke2, anak buah belah en.Ayah pun dok merisik dan bertunang anak dara orang di syawal ke3, terus kami balik Pontian tido 2malam, Syawal 10 bertandang ke Kota tinggi, majlis kenduri kahwin ank buah en.Ayah jugak... Yang best lagi.. Tahun depan emak ku akan dapat 2 orang cucu heheheheheee...

Dikesempatan ini juga nak ucap tahniah buat Kak Marya Yusof diatas kelahiran anak ke2.. seorang puteri.. Dah ada sepasang.. dan sama tarikh lahir dengan adik afiQ.. Besok sambut 4 orang together-gether sebab kedua2 bujang ku dan sepasang anak kak Mar adalah anak2 OGOS hihihhiii... Tu kena tunggu Kak Mar balik Malaysia ekkk...

Gambo raya? nenantilah hihihihiiii..
Sodih gak ni xde gambo satu family! Nak kasi kat eB nanti hohohoho ^_^
Panjang ekkk citer ni huhuhuuuu...

4 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Syawal Shima

Unknown said...

Allah..kesian nya shima.. tentu kelam kabut encik ayah kan.

IntaNBerliaN said...

alahaii siannya... pernah kene gak sekali tp nasib bkn time raya..

btw, selamat hari raya..

maaf zahir batin :-)

Unknown said...

As salam Shima,

Ala sayang kat Shima ketat2..! Anak2 kita mesti sama pesen perangainye nnt kan..? hehehe... insha'Allah, nnt kita celebrate sama2 eh... Selamat Hari Raya! Mmg tak best kalau raya kena ceri beri tu... hilang nikmat makan...huhuhuu...

Kami raya ni tak rasa raya pun... tak sabar nak tunggu raya tahun depan...hehehe...insha'Allah pjg umur moga kita jumpa Ramadhan & Raya tahun hadapan... Ameen...

Selamat Hari Raya..!

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.