NUFFNANG

Friday, August 9, 2013

Mohamad Afiq.... 2 tahun

Tatkala usia abg aqil menginjak 1tahun 4bulan.. mok disahkan mengandung buah hati kedua.. Dua bulan selepas abg aqil pandai berjalan.. Apa pun buah hati ini tetap dinanti dengan senang hati. Alahan? ada juga.. sama macam bawa abg aqil dulu.. BEZA nya.. Kali ini tak boleh bau hanyir ikan!! Kalau beli ikan mesti siap2 siang dikedai @ en.Ayah yang tolong siangkan... Makan pula hanya boleh telan ikan masin kapak untuk 2bulan pertama.. sebab tak lalu nak makan nasi, itu je lauk yang serasi.. Susu ibu memang tolak tepi diganti dengan horlicks sahaja..
Mengandung buah hati kedua, ku banyak berdikari. Panjat sana-sini maklumlah nanti kena berpantang waktu syawal.. Kenalah kemas rumah awal2 kan.. Ku rasa lebih kuat. Buat macam2 sampai kadang2 lupa yang diri ini tengah mengandung.. Kadang2 cepat 'hot temper'..Waktu minum air gula atas sebab anak pertama lahir besar- gagal- kandungan gula 8lebih.. Maka setiap bulan wajib ambil darah 4xsehari-BSP- Dari takut jarum, ku dah jadi tak takut jarum sebab dah start cucuk seawal kandungan 10mgu-38mgu yang terakhir... Urat lengan pun kecut! huhuhuuu.. Dan beberapa kali juga admit hospital... Aaaahhh memang menguji sungguh kali ini..Mujur en.Ayah memahami.. Hati ini risau kan abg aqil, siapalah yang nak jaga dia kalau mok masuk spital.. Hari tu atoknya ambil bawa balik kl seminggu gara2 ku masuk hospital.. rindu kan dia...
Kandungan buah hati kedua ni, orang keliling meneka bayi perempuan.. Perut memang kecil dari yang pertama.. Tambah lagi ku sangat suka buat kek, manisan.. suka makan buah-buahan yang manis2 juga hihiii.. Tak lupa KURMA..Namun mendengar telahan mereka buat ku tersenyum... Sebab, waktu buah hati pertama seawal usia kandungan ku dah agak2 tahu jantina bayi.. orang kata instinct ye.. Naluri hati..
Untuk kandungan kedua, ku sekadar menanti bila Naluri Hati tu datang :) Dan ianya hadir tatkala kandungan di hujung trimester kira2 8bulan....Ya.. anak ini lelaki. Rakan sepermainan abg aqil..
Buah hati kedua pula memberi tanda seawal tengah hari.. Edd dan tarikh scan yang berbeza.. Ku dapat berpuasa seminggu.. Bila tanda dah kelihatan, ku masih relaks lagi, tak nerver macam mula2 dulu. Siap boleh mengemas rumah buat kali terakhir, berbual2 dengan jiran.. yang penting makan nasi dulu :)Tunggu en.Ayah pulang dari kerja. Tanda keluar awal seminggu dari tarikh edd.. Waktu abg aqil awal 2hari je. Itu pun dah ada instinct.. Anakku ini akan keluar awal... Siap apa yang patut. Dalam pukul 5petang ku menyerah diri di hospital. Maghrib diwad.. Namun en.Ayah lupa nak bekalkan makanan dan air.. kelaparan... hanya bekal air mineral 1.5l dan semangkuk kurma... itu la buat alas perut.. Tak dapat tido, sibuk bermsg2 dgn kenalan, sambil mengira minit bayi mengeras... Tak terlalu nerves menanti...
Dalam pukul 10>malam bayi dah mula mengeras setiap 5minit.. Cek bukaan, tak tentu.. baru 4cm tapi sewaktu mengeras, bukaan 5cm... Doc bagi je green light masuk LR.. mungkin LR tak penuh waktu tu.. Sekali lagi ketuban Doc yang pecahkan jam 11.30malam.. Misi pelatih siap menjangka bayi akan keluar jam 2pagi.. Tapi naluri ibu ini mengatakan tidak sampai waktu itu.. mesti awal ni :)
Sambil menahan kontraksi... tak lama rasa kepala bayi nak keluar.. cepat2 angkat kaki dan misi pelatih memanggil Doc.. Ya! bayi dah nak dilahirkan... 3x teran dan bayi keluar jam 12:49malam...9 Ogos, 9 Ramadhan 1432... 5hari selepas tarikh lahir abg aqil. Kali ini terasa kena jahit hidup.. walau hanya 4jahit tetapi siapa yang dapat menahan kesakitannya....Hanya Allah yang tahu.. Kali ini adik lahir kecil 700gram dari abg aqil.. Bila dah lahir pun ada peristiwa yang buat ku tersenyum.. rakan sekeliling terkejut melihat sikecil yang amat putih dengan mata sepet.. Silap ambil anakkah? hihihiii... Mungkin sebab lahir tengah malam...? mungkin? hahahahaaa...
Alhamdulillah sehingga diusia 2tahun ini, adik afiq masih minum susu ibu.. Sebab tidak berjaya menyusu penuh abg aqil..hanya 2bulan penuh, diteruskan campur susu botol + susu ibu hingga 1tahun 7bulan...
Doa mok sama macam abg aqil untuk adik afiq... Biarlah kamu menjadi orang yang soleh, baik dan mulia akhlakmu seindah namamu Mohamad Afiq... Selamat hari lahir sayang.. Hadiah? emm.. Main sama2 abg aqil je. Pakaian raya pun dah beli sama dengan abg aqil tempoh hari .

 Beberapa jam selepas dilahirkan..

 1st Syawal

1 tahun

2 tahun
Aktif ya hamatt

I love you sayang, adik afiq mok!

Selamat hari raya aidifitri
Maaf zahir dan batin

1 comment:

IntaNBerliaN said...

1st syawal tu tembam nya.. rasa nak cubit2 je pipi tu.. comel sgt.. hihii

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.