Tragedi oktober? No.. no.. no..Oktober belum muncul lagi.
Ini tragedi 2minit.. amat pantas..
Aksi2 sementara tunggu Ayah selesai urusan di tempat kerja.. Adik Afiq siap nak menyanyi dah! hahaha..
Bukan nak cerita tragedi hujan turun selepas adik afiq nyanyi, tapi tragedi sekaki payung merah ni.. Perasan tak, ada tali pada payung merah tu (gambar 1st).. Suatu petang yang lain, kami nak melawat sahabat Ayah.. Lepas isi minyak kereta, dalam perjalanan mokpok berbual2 la kan sambil tengok sekeliling..
Tiba-tiba....
"eeeeekkkk! eeeekkkk! ihhhh! ihhh!"
Apo tuh? Kami terdiam..
Mok ni terus toleh belakang sebab suara tu suara abg Aqil
Astagfirullahal'azim!!! Anak! Anak!
Payung merah tergantung2 belakang badan abg Aqil, dan talinya tu terbelit pada lehernya.. Dah ketat! Mok ni cuba la pusing payung tu tapi tak boleh.. Dah tersangkut. Masa dok alih2 tu abg Aqil dah eekk ekkk lagi.. Sakit la tu! Dah kejap kat leher tuh! Mok yang duduk depan ni apalagi.. Letak adik Afiq dulu. Mok pun angkat kaki kasi tinggi. Tak panik sangat. Masuk satu jari buat ruang biar dia bleh napas.. "ayah ada apa2 tak? gunting kecik ke" Mok terpaksa gunting gak sebab nak pusing balik belitan tu tak boleh dah, tersangkut kot mana dah.. Mujur ayah ada ketip kuku yg tajam! Terus putuskan tali tuh sambil tarik napas lega! Hai la anak bikin suspen je.. Abg Aqil dah terkebil2.. Diam aje. Entah bila masa dia buat 'keje' tu. Memang pantas. Padahal siap isi minyak tu dia pun dok bising2 tanya itu ini.. Tali tu tak pendek, tapi panjang macam tali beg. Boleh sangkut kat bahu lagi tau.. Agak dia gantungkan payung kat leher, Lepas tu dia dok pusing2kan main-main.. Last2 terbelit.. Mok kata nak buat lagi tak macam tu? Cecepat dia geleng kepala hohoho...
Lagi satu pe'el abg Aqil ni kalau sakit ke apa2 ke memang dia tak cakap.. eekk eeekk tu jelah dia tau..
Tempoh hari pun.. Jiran yg perasan kenapa abg Aqil jalan macam tu? Macam sakit aje kakinya. Mok ni pun tanyalah kat dia, ada apa kat kaki? kaki sakit ke? Tapi tau dia buat apa????.... Dia jalan lelaju masuk rumah. Sambil mulut tu cakap taknak! taknak!.. Mok ni pon xde la cek huhu sebab dalam rumah dia jalan biasa2 je. Bila nak menyapu kaki lima rumah tu, tergerak la nak temngok selipar dia... Ha! ko! Ada paku rupanya. Tercucuk dari bawah ke atas. Paku kecik.. Lepas buang tengok kaki abg Aqil pulak, Takde luka. Hemmm rasanya terkena masa dia main kat kebun depan rumah ni dengan anak2 jiran yang lain...
Hemmmm pening tak pening? Dah nak masuk 4thn dah 3bln lagi... Siap mok kata ke dia.. "Abg Aqil, kalau sakit ke apa2 ke cakap. Cakap kat mak ayah. Tamo diam ajer. Mesti cakap" Dia tau angguk2 aje.. hemmm... Sebab tu kalau dia demam memang tak merengek. Diam, baring, tido..
Kalau korang risau tak? huhuhuuu... Anak-anak
4 comments:
Aduhai... mahunya tak risau. Boleh kering darah dibuatnya.
tahan napas baca entry ni...mmmm
aduhh..bahayanya.. kena rajin tengok kalau dia duk diam lama2 tu.. kadang2 tak terjangka apa anak anak ni buat kan..
adeh beb..akulak rasa tercekik neh..aduhai kalau aku mau kelam kabut dibuatnya.pasnie jauhkan diri dr sebarang tali bahaya
Post a Comment