Pernahkah anda terfikir sama ada anda mencuci wajah anda dengan betul? Jom berkongsi beberapa tip untuk dijadikan ikutan.
Pencuci Muka,
Kenali jenis kulit wajah anda dahulu sebelum membeli pencuci muka. Sebagai contoh, jika anda memiliki kulit muka berminyak, jangan pilih pencuci muka khas buat orang yang mempunyai kulit sensitif kerana ia tidak sesuai. Setelah anda tahu jenis kulit muka anda, dapatkan pencuci muka yang sesuai. Jika anda menggunakan pencuci muka yang sama dalam tempoh seminggu dan mendapati kulit muka anda sedikit kasar dan didatangi ruam-ruam halus, itu adalah gejala alergi. Hentikan penggunaan pencuci muka tersebut dengan segera.
• Sebelum mencuci muka, anda disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ianya boleh menanggalkan kotoran yang ada pada wajah yang berkemungkinan tidak mampu dibuat oleh pencuci muka sahaja. Bahagian wajah anda yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka anda.
• Buihkan pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran, sebelum membilasnya dengan air bersih.
• Usah fikir dengan hanya sekali cucian wajah anda sudah bersih sepenuhnya. Ambil pencuci muka sekali lagi dan ulangi langkah kedua.
• Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah.

Ku beli pencuci dari bulan 10, la ni bulan baru abis.. ada la sisa sedikit sebanyak.. Haiii napelah ku tak rajin nak beli pencuci muka ^_^
Toner (penyegar)
Toner (penyegar) adalah amat penting bagi mengekalkan kesegaran pada kulit muka. Jadi, pilihlah penyegar yang berasaskan bahan-bahan semula jadi untuk hasil yang lebih baik.
• Gunakan kapas muka yang lembut untuk dibasahi dengan sedikit penyegar.
• Sapukan penyegar ke seluruh muka dan bahagian leher secara perlahan-lahan.
• Pastikan ia disapu dalam keadaan memutar. Jika anda dapat merasakan sensasi dingin penyegar wajah yang anda gunakan, ini bermakna wajah anda sudah benar-benar segar.

Haaa... benda ni lagi lama sangat tak pakai. Last...? sebelum ada anak?! hermmm ^_^
Pelembap muka
Sama seperti penyegar, pelembap muka juga amat penting untuk memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Pelembap yang baik adalah apabila ia dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti teh hijau dan daun lidah buaya. Pelembap muka tanpa haruman adalah lebih baik kerana ia menunjukkan kandungan kimia yang rendah atau langsung tidak mempunyai bahan ini di dalamnya.
• Ambil pelembap muka dan sapukan perlahan-lahan di keseluruhan wajah dan leher anda.
• Mulakan dengan bahagian dahi, diikuti dengan bahagian muka, dan terus ke dagu.
• Hati-hati dengan jumlah pelembap muka yang anda pakai kerana jumlah yang berlebihan akan menyebabkan wajah anda tampak berminyak.
• Sekiranya kulit anda terasa licin atau sedikit melekit, ia menandakan kelembapan pada muka anda sudah mencukupi.

Masih ada bekalan.. Pun... sangat susah nak ambil dan pakai ;p Buat hiasan aje ekk.. Ish ishh rugi rugi ^_^
Skrub
Skrub berfungsi untuk membantu meluruhkan sel mati yang merupakan punca kulit kering dan kusam. Di samping itu, ia juga membantu mempercepatkan proses regenerasi sel kulit.
• Gunakan skrub muka setiap dua atau tiga kali seminggu. Pilih skrub yang mempunyai butiran halus kerana ia lebih sesuai dengan tekstur kulit seorang wanita. Skrub dengan butiran kasar lebih sesuai untuk lelaki kerana liang roma mereka yang luas.
• Pupur wajah anda seminggu sekali untuk menanggalkan sel-sel mati dengan lebih berkesan selepas ia dilulur dengan skrub.
• Penggunaan krim lingkaran gelap bawah mata atau sebarang petua lain untuk menjaga kesihatan dan kecantikan mata juga tidak salah diamalkan selagi ia tidak mendatangkan kesan sampingan.

Tak scrub, tapi kali mandi mesti gosok dgn berus badan yg kasar tuh.. Bukan jaring lembut warna-warni tu yerr.. ini yg kasar hahahaha... Yelah kita kan diciptakanNYA drpd tanah.. Maka jangan hairan la tubuh kita akan berdaki.. Ku lebih prefer gosok. Takde berus badan, memadai kain2 baju lama yg kita dah tak pakai ^_^ Tubuh kita bukan milik mutlak kita, hanya pinjaman semata. Jagailah ia sebaiknya.
Kawan-kawan pakai pencuci apa yer..?
^__^
2 comments:
aku pakai pencuci muka je..tu pun cuci petang je lepas balik keroje.
aku pakai safi rania gold.perasan nak jadi Che Ta
As salam Shima,
Alahai, tgh2 mengandung ni sensitif betul cite bab muka ni... huhuhu... skrg ni jerawat menjadi-jadi pulak! Hormon tak stabil katanya...hikhik...
Post a Comment