NUFFNANG

Saturday, February 12, 2011

Tanda-Tanda Keguguran

Kenapa ku cari info ttg keguguran nih? Emm sekadar nk tahu gejalanya & alert dgn kandungan ku.. Ini kerana ku sgt risau.. Selalu sakit di ari2 & smlm pg bhgn bwh.. "tutt" sakit mcm kita dh terlalu sarat.. Kembang ajer. W/bgmanapun tiada pendrhn yg berlaku. Perut pun tak keras tp tu la mmg kerap sakit.. Klu ptg berteruan smpi ke mlm... Jom kita tambah ilmu ttg keguguran pulak..

Gejala dan tanda keguguran termasuk:

Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.

Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.

Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

* Usia terutama 35 tahun keatas
* Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
* Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
* Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
* Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
* Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
* Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
* Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
* Pernah hamil dengan anak cacat
* Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
* Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
* Usia suami lebih dari 40 tahun

Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:

*Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
*Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
*Gigitan ular
*Meminum cafin secara berlebihan
*Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling

Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:

*Terdedah kepada Komputer monitor
*Hubungan seks
*Senaman


Smlm Missi dtg rumah. dia nasihat kita tak boleh terlalu byk cangkung even utk buang air.. Mmg tak elok utk cangkung. SO pas ni kena la duduk kat kusi kecik tu.. Lagi, disebabkan aQiL masih me"ngempeng" lagi itu juga mnjadi risiko kelahiran awal, masa aQiL menyedut puting & memberi ransangan pd otak n pintu pun nk terbuka utk melahirkan huhuuuu... Mmg kena berhati2 skrg ni. Bukan xkasi aQil susu cuma nk bg dia leka @ tak susu ku cuma tak perlu baring... BUat la keje n dia klu ngantuk akan tertido sendiri... Kesiannyer ankku.. Tp nk wat camner kan..Kena kurangkan...Even taip ni pon ari2 ku sakit juga...

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.