NUFFNANG

Saturday, February 26, 2011

Ceriakan Hari Anda lalala...

Lama tak hupdate blog.. Sejak dua menjak nih sakit M melanda, Ha tu la memandai wat blog, perlu komitmen... emm perlu ke? Tp ini cuma tempat kongsi2 crita-criti je jd tak hupdate sgt pon xpe kalo xde mende penting.. Tp HB totap mak klik hahaha boley?? Ok saje nk release kan wotak ni meh la layan cite yg membuat korang tersenyum pisang hihi... Sumber dari member lama...cedokkk :)

isteri minta cerai
Satu petang yang hening, aku (Selamat bin Dol) duduk berehat-rehat di depan rumah sambil menghisap rokok jenama Thailand(murah sikit, huhuhu..), sementara itu anakku yang berusia 3 tahun sedang bermain-main di ruangan tengah. Aku lihat dia tersenyum sorang-sorang..Apalah yang dia pikir agaknyer..Isteriku? Ade kat dapur nun; memasak.

Bahagia kan familiku ini..Isteriku memang cukup rajin memasak, anakku pula petah berkata-kata menghiburkan kami sefamili. Alahai..aku senyum sorang-sorang gak bangga memiliki famili ni..Tengah aku dok senyum-senyum tetibe anak aku datang..

"abah..mak nak cerai...!"

Aku tersentap. Mataku otomatik bepinar..Rokok tetap 'maintain' kat mulut..Tetibe je dia nak minta perpisahan?? Aku ni bukan insan yang lemah, cukup nafkah zahir batin kat bini aku tuh.

Umah ni pun aku beli pakai nama dia..(aku beli je, dia yang bayar..hehehe). Lepas tu keta kat depan umah tu memang aku dah habis bayar pun khas untuk dia (Kancil 660 tahun 1999). Hape lagi yang kurang. Dengan panas kepala ni aku terjah dia kat dapur.

"YAH, APE KURANG KE KASIH SAYANG ABE KT AWOK? APE ABANG NI TAK HENDSOME LAGI KE SAMPAI AWAK NAK MITA TUU!! TERGAMAK AWAK WAT ABANG MACAM NIE..!!!!"

"Ape nie bang..susah sangat ke nak bagi?"

"YAH! AWAK JANGAN UJI SAYA!"

"Iyelah..Lau berani buat lah..."

"YAAHHHHH....AWAK MELAMPAU!!!!"

Kaki aku dah mengeletar, peluh menitik-nitik, hidung aku kembang kempis, kat telinge aku dah terdengar-dengar lagu Anang..Jari jemari dah sejuk..Sanggupkah aku ucapkan perkataan itu...

"Iye..buatlah bang Oiiii!! Saya nak masak gulai ni, gi lah ambik serai tu cepat..Boboi tak cakap kat awak ke...?"

"HAH, SERAI?????"

Betuah punyer anak...Pelat....!!

**En.somi jgn igt emak dia je, ank pon kene amik tau gak yer.. Ank sendiri pelat pon xtau hahaha**


Lawak Syok Membaca
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya."
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!" pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi. "Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?"
"Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal, "Saya mau keluar!"


sakit
Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan. Beberapa jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata : "United Kingdom..." Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..." Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi. Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat..." Habis itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar,mereka berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya."Birmingham..." kata si Mat Saleh. Dijawab Mamat:"Kuala Kangsar...".pengsan lagi. Tak lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata : "Cancer..." Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn!"

pertandingan bau
Suatu hari di negara Eropah diadakan satu pertandinganan iaitu menahan bau di dalam sebuah bilik kecil yang didalamnya dimasukkan 10 ekor kambing.
Peserta pertama dari Amerika..
Baru 3 minit dia sudah keluar sambil muntah-muntah.

Peserta kedua dari Jepun..
Baru 10 minit dia sudah pengsan.

Peserta ketiga dari Afrika,
Baru 30 minit dia terus keluar dan muntah-muntah.

Terakhir peserta dari Bangladesh...
Baru 1 minit... 10 kambing itu keluar dan muntah-muntah

LRT

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

merajuk

Pada suatu hari, hendak terjadi hal, si suami terlupa akan birthday isterinya. Si isteri terkilan dan esoknya isteri x gosok baju suaminya, x sediakan bfast & x salam suami dier. Suaminyer plak rasa terkilan
Kirenyer diorg gado sampai lebih seminggu dah, & si suami tu pon amek pendekatan bengong, die x cakap ngan isterinyer dah tp berkomunikasi secara note je. Die tulis atas kertas, die bg suami die bace.
Dan satu mlm, suami tu tulis note kat isteri dier, 'YANG, TLG KEJUT ABG KUL 6.30 PG YER, ADE MESYUARAT TERGEMPAR SOK'. Isteri die menganguk..
Kringg!!! Kringg!! Kring!! Bunyi alarm bunyi. suami tu pon bangun, die tgk jam, dah kul 9.00 pg. Dgn tensennyer die kalih ke sebelah, isteri die xde, tapi ada kertas atas katil, die amek lalu bace.. 'BANG, BANGUNLAR BANG, DAH 6.30 PG NI, NANTI LEWAT. BANG, BANGUNLAR..'
Suami pon bermonolog dalaman pada dirinya 'ampeh...'

**aduss tak smpi hati ku nk wat kat somi ku cenggini**


mentol lampu

Pada suatu pagi, seorang pakar jiwa terlihat salah seorang pesakitnya sibuk mengerjakan sesuatu.
Bila dihampiri ternyata pesakit yang sedang khusyuk duduk dilantai,sedang menggergaji sekeping papan dengan tangan kosongnya.
Seorang lagi sedang bergayut dari atas siling.
Doktor merapati pesakitnya dan bertanya apa yg dibuatnya duduk dilantai.
“Apa doktor tak nampak ke? Kan saya sedang gergaji papan ni untuk dibelah dua?” jawab pesakit dengan nada marah.
“Apa pulak sidia ni buat bergayut kat siling ?” tanya doktor sambil menuding jari ke pesakit yg lagi satu.
“Oh.. Dia kawan baik saya, tapi dia tu tak betul sikit..
Dia ingat dia tu mentol lampu!” jawab pesakit tadi.
“Kalau kawan baik awak, kenapa tak nasihatkan dia suruh turun. Supaya tak cedera kalau jatuh nanti ?” soal doktor lagi.
“Abis tu, macam mana saya nak habiskan kerja saya dalam gelap?”

cermin

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok..2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah. Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan.

Sedang mencari-cari..tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya. Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.

Dan punyalah terkejut beruk..dia masuk je bilik tu..dia ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa..jadi, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya. Apa lagi..habis berlari dan meraung menangislah dia cari mak nya..Lepas berjumpa dengan maknya..mak dia cakap nak lihat sendiri perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak.
Isteri: Apsal mak ketawa?

Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu..kalau ye pon nak kawin lain..carik la perempuan yang elok sikit..Ini tak..aku tengok perempuan kat bilik tu..dah la tua..hodoh pulak tu..

nenek
Ada sorang tua, nama dia Nenek Ani. Dia terlantar di hospital kerana sakit jantung, …..
Keadaannya semakin hari semakin teruk. Ani dah tak tau apa nak buat lagi. So suatu hari tu dia panggil Pak Din untuk bacakan doa untuk Nenek Ani. Tapi semakin dibaca, semakin teruk sakit orang tua tu. Sampai terketar-ketar dan termengah-mengah kerana terlalu sakit.

Nenek Ani dalam keadaan tak berdaya tu memberikan isyarat meminta pen dan kertas. Ani memberikan pen dan kertas kepada neneknya. Dengan sisa-sisa tenaga yang ada, Nenek Ani menulis dan memberikan kertas itu kepada Pak Din.

Pak Din menganggap tak baik membaca wasiat di hadapan Nenek Ani sebelum Nenek Ani meninggal. Jadi dia pun masukkan kertas tu ke dalam poketnya. Tak lama kemudian Nenek Ani pun meninggal dunia. Selepas seminggu kematian Nenek Ani, Pak Din pun datang ke rumah Ani, dengan memanggil semua sanak saudara Nenek Ani, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk menbaca wasiat dari nenek tersebut

Pak Din pun berucap, menyatakan kesedihannya atas kematian Nenek Ani, dan di akhir ucapan itu Pak Din mengajak Ani dan saudara mara membaca wasiat itu bersama-sama, yang antara lain isi itu ialah…..
“Din, … . kau janganlah berdiri di atas saluran oksigen aku tu”

gaduh laki bini
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.

"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.

Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.

"Tidak!" jawab Minah.

"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"


memotong
Seperti biasa Pak Pandir nak pegi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah nak memotong getah.

"Hati-hati ye bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya "Kenapa Bang?"

Pak Pandir pun menjawab "Sejak bila la kerajaan kita tak kasi kita MEMOTONG getah. Diletaknya papan tanda besar kat tepi jalan depan kebun kita tu papan tanda "DILARANG MEMOTONG


isi borang kerja
Oleh kerana dah boring isi borang kerja kosong tapi asyik tak dapat, Ajoi menggunakan teknik baru supaya company yang dia apply kerja tu beri perhatian kepada permohonannya.
Name : Ajoi

Age : Still young

Sex: Never. Still under age

Religion: I only have experience praying my cat which dead 2 years before

Race: I love to race. How u know?

Nationality : I don’t like National. I prefer Sanyo

IC No.: 6735

Tel No.: My house no telephone

HP No.: Nokia 3310

Address: Jelutong, Penang

City: Nurhaliza?

Postcode: I never post anything

Country: I love travel to London

Status: Secret

EmailAddress : Hotmail

Education Background : My teacher said, not bad

Working Experience : Last time I got sell pirate VCD

Father’s Name : Daddy

Father’s IC No. : U ask him

Mother’s Name : Mummy

Mother’s IC No. : U ask her

Expected Salary : As much as u can pay

When can start work? : Depends on my mood

Highest Qualification : Very high

Grade : Also very high

College/University : College

Signature : Can I use chop??

P/s: Jgn korang gelak golek2 sudah la huhu..

No comments:

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.