NUFFNANG

Thursday, February 20, 2014

Perkahwinan Perempuan

Kenapa ye agak lemau nak menulis di blog... Tak minat? malas? tiada idea? hemmmmm atau mungkin nak tinggalkan terus dunia blog ni bila kejap-kejap timbul tenggelam hampir nak karam.. Haaaa macam pantun pulak ye... Blog ni sekadar meluahkan tulisan tanpa suara dan perasaan.. tulissssss je :) Boleh gitu? hihihi

Okey sebab munasabab kenduri kahwin sebelah perempuan tempoh hari Emak Abah tak boleh datang sebab ikut adat jawa lama-lama dulu.. Emak Abah datang waktu nikah sahaja iaitu pada Jumaat, selesai makan, bergambar semua terus la Emak Abah balik ke Kluang terus... Sayu pulak time tu takde nak singgah rumah anak dia ni hukkkhukkk... Hari sabtu waktu persandingan, kami la adik-beradik yang tinggal uruskan semuanya dan pakcik makcik saudara untuk memeriahkan majlis. Bayangkanlah, untung betul kawan2 adik ku kesemuanya dapat makan kat meja beradab hahahaha... Dari belah kami memang tak berapa ramai.. :)

Selesai makan, bergambo tu wajib la kan...





Oh ya, dah namanya negeri Johor, adalah sesi tol.. Adik siap sediakan RM100 untuk tol sahaja.. tapi kami isi seringgit je setiap sampul ^_^ maklumlah kalau banyak tol... nasib ada 2tol aje... kalau 4???? Siap ada balance duit tu bleh simpan buat guna untuk raya besok kan :)

Disamping keluarga perempuan ikut adat orang jawa lama, kedua ibu bapa pihak perempuan pun tak boleh datang ke majlis kenduri belah lelaki jugak la... Tak kisahlah kami ikut je.. kami pun jawa jugak tapi tak ikut jawa lama macam tu.. Untuk pengetahuan, isteri adikku ni juga seorang kembar - dia kakak dan adiknya akan menyusul berkahwin pada akhir tahun nanti insyaallah.. So, kemungkinan nk dapat kembar tu ada pada dia kott hehehehe... adikku dah bawa gen hahahahahaha :D

Okey nanti sambung lagi kisah kenduri sebelah kami pulak sekali dengan Akikah baby baru, dengan izin Allah :)

Saturday, February 8, 2014

30 - 31 Januari 2014

Ya Allah, punyalah lama ambil cuti dari berblog hihihi... Sibuk la dia ni. Maklumlah, pada 31 Jan lepas, adik ku no5 telah selamat bernikah dan bergelar suami orang.. Hakak dia ni pun berdebor gak. Rumah yang penuh, ramai adik-beradik datang dan memikirkan menu masakan, selain barangan hantaran yang belum dibuat - antaranya sireh junjung... 30hb tu hari jadi diri ini kikikik... Dah la raya cina, kedai banyak tutup.. Mujur terjumpa satu, kek pilih sendiri, en.Ayah bayar kehkehkeh.. Jadilah beli yg setengah kilo aje - kek tiramisu. Malam tu kaklong ku pulak datang bawa carrot kek! sangat nyummmy!

Okey, teruskan ke agenda kenduri kahwin ni.. Daku dengan semangat nya tido kul 11mlm dan bangun pukul 4pagi sebab nak siapkan sireh junjung. Beli bunga hidup senang je main cucuk je hahahaha... hantarannya 9 berbalas 11.. Tema kami purple.. tp pihak perempuan pun bagi purple jugok.. tak kisahla :)

 Hadiah yang belum cukup hihihiii... mesti tak dpt ambil penuh. Tahun lepas masa dia tunang pun ku tak dapat @ lupa nak ambil gambar gubahan sendiri.. walau pun biasa-biasa je leh jadi kenangan :)

Motif takmo crowded macam waktu tunang dulu.. Nak bagi org yang membawa hadiah ni pun tak terbeban. Buat sesimple mungkin :) Mehh layan gambar


Jubah & selendang dr Dubai

Sejadah

Tuala

Mas kahwin - rantai tangan
Tak letak lagi gelangnya.

al-Quran

Yang takde gambar, sireh junjung, kek, coklat, buah-buahan.

Ni hantaran dari pihak perempuan

Ni je yang sempat di ambil kaklong ku..secara penuh hihihihi..
Ini pun ambil di surau tempat bernikah :)

Surau tempat pernikahan berlangsung..
Debor je pengantin.. baju kelabu samping pink ye ^__^
Baju hitam tu pengapit

Kek hantaran yang simple

Rainbow kek rupenya...
Meriah rumah ku dengan kek tau! :)
Lepas tu Emak pulak datang bawak puding bentuk ros.. Cantik! warna-warni! hehehehehe....

Besoknya - 1hb Februari, kami adik-beradik, sepupu dan mak pak sedara tanpa kedua ibu bapa kami pergi ke majlis persandingan pulak... Kenapa Emak Abah tak pergi... nenti ku stori okeh :)

Daaa...




Thursday, January 9, 2014

Bila Keseorangan..

..Walau hakikatnya berdua dengan Mok di rumah... Abg Aqil ke sekolah.. Tiada teman bermain.. Dia akan mulakan aktiviti kegemaran... BAWANG adalah pilihan! Nak tolong Mak masak katanya...

Diam-diam terus jadi cenggini...


Disusunnya.. Lepas tu tinggal.

Tapi bila Mok kata Kemas... Dia pun kemas sampai habis...
Meninggalkan kulit-kulit nipis bawang hehehehe....
Ada juga yang bergolek masuk bawah kabinet dapur.. merata perginya...


Alhamdulillah :)

Monday, January 6, 2014

Walau Hanya Sebuah Lukisan...

Diam tak diam masuk hari ni dah 4hari Aqil bersekolah. Agak sukar nak kejut dia bangun pagi. Kena upah susu botol dulu T_T buka kartun. Tak lama baru la dia bangun. Tu pun jam dah hampir 7.30pagi! hohoho.. Bila dah nyusu haaa memang tak la nak sarapan pagi dia tu kan.. Tunggu la kat sekolah tu waktu makan pukul 10.30pagi... Lapar ke tidak tu... Memang susah tui nak makan abg ni tau...

Semalam pula en.Ayah yang hantar ke sekolah. Mok tengok dari luar pagar aje.. Sekali dia nangis daa bila Ayah nak balik... Cikgu pi pujuk la.. Hari ni, kena la Mok hantar. Merengek sikit. Yelah, kawan2 gi makan, dia sorang2 dalam kelas tu.. So Mok ambil buku dia -buku conteng, bagi pensel suruh la dia lukis... Sempat la berbual dengan cikgu, anak saya ni suka betul lukis lori.. Macam2 jenis lori. Mok pening gak harap cikgu tak pening hahahahaha... Cikgu bagitau, semalam belajar buat bulatan.. Dah buat-buat bulat, Aqil pi tambah atas empat segi dan jadi la lori!! adehhhhhh... Tapi kan cikgu kata dia lukis lori cantik hehehehe...
Setakat ni nama cikgu ngan nama kawan2 dia belum kenal sangat. Kawan sebelah rumah pun dia buat tak tau aje adehhh la kan... Harap2 dah lama sekolah baru la timbul minat dia tu dan pandai berkawan..

Walaupun hanya sebuah lukisan lori.. errr berbuah-buah sebenarnya :) Tapi semalam, nampak dah kemajuan lukisan abg Aqil tuh! Mok ngan Ayah pun terkejut! dan sangat bangga!
Perhatikan...

Sebelum mula sekolah.. Ada lori, rumah, matahari.. Boleh cam tak yang mana? hehehehe

Ni dalam buku conteng dia.. Setiap helai gambar lori T_T

Tengok.. berapa banyak tayar lorinya tu... Kalau dia lukis panjang lagi, maka beribu2 la tayar lorinya tu kihkihkih.. Mok cakap, tayar lori tak banyak macam tu la Aqil... tapi dia pertahankan hak dia tau! hihihi

Dan ini hasil lukisan malam tadi..
Dia melukis sambil melihat kad board KENDERAAN yang Shima beli dan tampal di dinding...
Sangat menjadi! Lihat sahaja pada kedudukan tayarnya tu.. Bangga Mok! Takpelah Aqil lukis apa yang Aqil suka tapi ABC, 123, Alif Ba Ta kena telaah juga ye... Mok masih risau juga sebenarnya...


Ini pula kertas yang cikgu Mira kasi bawa balik.. Dapat Good+4bintang hehehe..
Ok la kaler pun tak terkeluar tajuk garisan kan...Belekang kertas tu pun dia ambil kesempatan melukis lori jugak huhuhuhuhuuu...

Alhamdulillah..
Sesambil tu kat rumah, Mok baru nak train Afiq ke toilet! :)





Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.