NUFFNANG

Sunday, July 29, 2012

Berdua Lebih Baik...

Selamat dah semua bersahur ye.. Hari ni bangun awal. Tapi terpaksa lewatkan juga waktu makan. Tetiap kali daku bangun nak siap apa yang patut, haaaa dak tecik sorang ni pun mesti ikut bangun tau! tau! Bukan sekali, tapi setiap hari bersahur dia bangun. Dah celik tu mestilah nangis dulu kan... Takkan lah ku nak balik ke pembaringan, alamat seperti orang mengantuk disorongkan bantal huhuhu.... Nak tak nak en.Ayah la tukang pujuknya.. Tetapi hari ini tak ada siapa nak pujuk dia... en.Ayah seawal 3pagi dah jalan gi kerja menuju ke kilang, sebab lori banyak menunggu giliran.. Ahad pulak kilang nak tutup. Sawit jem! Kalau kata minyak masak takde memang tipulah! hahahaha.. Harga skrg pun dah turun RM4 tau! minyak mentah la.. Eh.. apo masok bab sawit lak nih ekekeke :D

So, melalak sakan la adik afiQ, selagi tak didukung, dipujuk memang tak kuasa la dia nak diam. Dah kata anak emak kan... Manja lebih nih. Huwaaaa kalau dilayan memang tak leh buat keje. Maka memasaklah sambil mengendong dia.. Ala... goreng telur je pun huahuahua.. Malam tadi en.ayah dah habiskan ayam goreng salut tepung rangup daku itu! 3ketui lak tuh. Siap pesan lagi "Ayam dah habis, nanti awak masak lauk lain ye" sengih sengih ^_^... Sedap sangatlah tuh. Semalam pun sama, sedap sangat lauk ikan patin masak lemak cili api tu sampai nasi tinggal sesenduk aje kehkehkeh.. Alhamdulillah.. Bukan daku sorang aje yang terlewat semalam.. Malah ada yang tidak dapat bersahur langsung....


Susah juga sahur sorang2 nih. Sahur berdua kan lebih baik. Ada kawan omel-omel.. Ada tukang pujuk afiQ.. Disebabkan daku lambat pujuk, haa... nak makan pun kena dukung dia. Letak bawah aje nangis haih! Makan pun kena cepat2, pinggan tu kasi jejauh sikit kalau tak habis dicepuhnya dak afiQ grr... Sampai orang dah terahim adik tak lepas2.. hajat dihati omak nak jugak minum air barang seteguk dua.. tapi... adehhhh... Dah la dik meh tido meh... Dapat la bersolat dengan aman.... Ayah.. besok takyah la gi awal-awal sangat ye...Kelam-kelibut omak ehhh...

Anak manja mak... sebab tu suka hisap ibu jari 
wakakaka... iye ke?

Saturday, July 28, 2012

Jom Travel!... Kuiz Terkumpul ke-30


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'


Buka je blog TRaveL And AdVenture Fun Vacations And Best Makan Sakan! terus nampak ekor Kapal terbang.... Ekor ajerr...
Jap! Jap! 9 patah perkataan untuk nama blog ni sahaja! Panjang jugak lah ku nak menaip ekekeke ;p

Okeh, Blog berkisar tentang percutian budget, tetapi cukup menarik, jimat belanja, janji puas hati... Begitu diskripsinya @ descreption... =)

Kundasang Strawberry Park,Sabah
Ayer HItam Johor Claytan Factory
Seafood Paradise Golden Prawn Batam Indonesia
Agro Technology Park Mardi C.H
Marina Bay Sands & Sky Park Singapura

Antara tempat menarik yang Kak Shahriah kita pergi..



Siapa Nak Beli Pantun...Kuiz Terkumpul ke-29


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'


TrULy Me... Nama diberi
Mari kenali empunya diri
Kisah peribadi menjadi entry
Nak tengok rambutan terbakor, Meh la kelik NI

Trademark berjela menjadi entry
Bukan sejengkal, bukan sentimeter
Lampu picit untuk party?
Abang Amin jadi 'Disco Lighting'?
Baca TrULy Me, apa kater..

Kali ni berpantun plak dah... Itu Itu pantun berapa kerat tuh! Cikgu BM maghah nanti pantun rojak nih! Babab dia nanti hepp! hepp!

Dodol? Kuiz Terkumpul ke-28


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'


Antara 5 blogs Kak Shahriah yang terhangat. Daku pun suka menjengah sini. Ambil juga resepi2 yang mana ku memang tak tahu buat ;p (bocor rahsia hahaha). Jangan malu jangan segan tuan tanah dah kasi resepi kita ambil & terai... 
Cucur Dodol Melaka Sedap... Pernah dengar? Rasa? Rupa macam mana?
Menu unik Ramadhan kali ini yang daku sendiri tak pernah bayangkan.. Dodol tu disalut tepung dan digoreng?? Kalau biasa dengan sotong goreng tepung ka, udang goreng tepung ka, tentu tak biasa dengan dodol goreng tepung kan! hihihi... Tp itulah menunya.. Layan gambar jap cam mana ruper


Dodol terus mencairrrr... ada tak macam coklat eclairs cadbury tuh? Huhuhu..Melting melting...
nak resepi baru ni? Klik gambo tu dan terus ke blog The Writer's CooKING!

Daku pun haruslah cuba nih... Alamak kena gi Melaka pulak beli dodol ;p Cehhhhh! Agak-agak pakai dodol lain sesedap Cucur Dodol Melaka Sedap ni tak? :D hihihi
Jom pakat teraiii kengkawan :)))

Nak baca Novel? Kuiz Terkumpul ke-27


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'


Siapa tak kenal Shahriah novelis. Sekarang tengah letup-letup tuh. Antara novel yang tengah laris hasil tulisan beliau ialah Kerana Sebiji Epal


dan yang terbaru, buku masakan pertama beliau

Kome-kome dah beli belum? Ado dah dipasaran, siap masuk cetakan kedua okeh..
Sebenarnya sebelum menyertai Masterchef Malaysia pertama, kak Shahriah lebih dulu dikenali sebagai Novelis. Jom kita kenal sikit empunya badan...

Assalammualaikum, Kau Mawarku, Cinta Najla, Setitis Kasih, Secalit Sayang, Kau Tercipta Untukku, Seribu Rindu Untukmu, Untukmu Yuna, Kerana Sebiji Epal, Adalah Karya-karyaku penulisanku Bersama Buku Prima @ Grup Buku Karang Kraf. Setelah bertarung di Gelanggang MasterChef Malaysia maka terbitlah sebuah buku resipi masakanku, Sajian Istimewa Shahriah Abdullah Khas Buat semua peminat dan semua rakan-rakan yang meminati Novel dan Dunia Kulinari "Gagal Bukan Penghalang Untukku Terus Berjuang, Itulah Titik Permulaan Untukku Terus Melangkah Lebih Jauh Lagi.." Seorang yang murah dengan senyuman, sangat peramah dan suka mencuba apa sahaja perkara yang mencabar! Moga Persahabatan di alam maya ini dapat di kongsikan dengan pelbagai ilmu yang bermanfaat... Cemburu dan Iri hati bukan sikap yang kuamalkan... I am a VERY HAPPY GO LUCKY PERSONS!


Menarik? Tertarik? Jangan malu jangan segan klik laju-laju ke Blog ShahriahNovelis

Kuiz Terkumpul ke-26


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'


Apa ada di blog HoBi & KoleKsikU ini?
 Salah satu daripada blog Kak Shahriah atau lebih dikenali sebagai novelis dan salah seorang peserta Masterchef Malaysia yang pertama.
Blog HoBi&KoleKsikU milik Kak Shahriah memaparkan hobi & kesukaan Kak Shahriah. Daripada pelbagai aksesori diri, make-up, handbags, malah petua pun ada di blog ini. Bukan setakat menulis novel atau memasak aje dia teror...Dia juga suka bercakap tanpa henti oke :)) hihi.. Tak percaya baca SINI tau! Pengakuan eksklusif beliau, baca tau! Kak Shahriah sangat addict dengan......


Ya... chopstick! Pilih aje dari negara mana... dia ada :)) Cantik-cantik chopstik yang Kak Shahriah miliki. Nak tengok banyak lagi jangan segan ke blog beliau ye @ klik gambar chopstick tuh okeh..

Kuiz Terkumpul Ke-25


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'

Soalan Kuiz Terkumpul ke-25


Apakah Nama Hidangan Pencuci mulut Ramadhan yang Ke7?

Jom terjah sini juga

Sempat lagi bermarathon... terjah sini

Kuiz Terkumpul ke-24


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'

Soalan Kuiz Terkumpul ke-24


Bangunan Pertama Yang Shahriah Jejaki?

Friday, July 27, 2012

Kuiz Terkumpul ke-23


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'

Soalan Kuiz Terkumpul ke-23


Apa Bunyi ayat Di Kotak Itu Setelah Di Terbalikkan?


Tersasar...

Salam Jumaat.. Alhamdulillah seminggu dah kita berpuasa... Tup-tup tetiba hari ni boleh pulak tersadar lambat. Talipon dah tenggelam bawah bantal, mana nak dengar bunyik alarm! huhuhu... WanNurul.. Semalam ang, hari ni aku pulak, besok? errr... hihi.. Tak tahu kenapa letih sangat.
Semalam hanya berbuka 2keping roti cicah air milo. Hajat dihati nak makan nasi sama-sama dengan en.Ayah. Tunggu punya tunggu tak pulang2.. Pukul 10 baru daku makan nasi.. Dah siap solat, ngaji terus ke tilam dan... lelap la apa lagi.. Padahal en.Ayah dah balik jam 10.30malam. Dengan afiQ dok nak menenen aje nak tido, daku pun sama la naik kan hikhik.. Sedar2 dah pukul 5.11pagi! Halamak! cepat2 kejut ayah, panaskan lauk. Tp bila tgok nasi ada la sesenduk... en.Ayah bangun dan kata dia dah makan nasi lewat malam tadi. Dia cuma minum air milo & kurma aje. Huiii sedap sgt la tu lauknya, tu yang nasi pun habis hihihi.. Dapat juga la mkn nasi, kurma 5biji, air 2gelas... Harap2 dapat bertahan & tak menggigil...
Tengah nak menghafal doa nurun nubuwah... Memula macam susah, tapi pagi tadi tgok u-tube, laju je budak perempuan tu baca.. Dengar yang lain pulak, sedap pulak mendengar doanya... Semangat! semangat!



picca: en.GoOgLe. Terima Kasih.

Kuiz Terkumpul ke-22


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'

Soalan Kuis Terkumpul ke-22


Apakah nama Siaran Radio Itu?

Siapakah Nama DJ Bertugas?

Wednesday, July 25, 2012

"Ikhlaskah aku?"

Sumber: Mastika Ogos 2011
Utusan Melayu Jawi, ms/139

Al-kisah pada suatu hari, seorang pemuda bertanya kepada mahagurunya:
"Wahai tuan guru, tolonglah ajarkan hamba mengenai ilmu ikhlas. Hamba telah sdiakan pen dan kertas!"
"Tuan hamba, tak perlu semua itu. Ayuh ikut aku. Akan aku ajarkan ilmu ikhlas. Tolong bawa guni ini sekali" Arah tok guru.
Alangkah gembiranya si pemuda lantas mengikut gurunya sehingga tiba disebuah kaki bukit. Sebaik berada dikaki bukit itu, si pemuda lantas diminta mengutip ketulan batu kerikil ke dalam guni tadi.
Si pemuda mengikut segala arahan tuan gurunya tanpa banyak soal. Selepas tugas pertama, mereka meneruskan perjalanan menuju destinasi kedua.
Kali ini tuan guru mengarahkan si pemuda melakukan tugas yang sama. Pemuda itu terus mengutip batu dan memasukkan ke dalam guni sehingga penuh.
Seterusnya, mereka berjalan lagi. Anak murid tadi kian mengah dek berjalan ditanah gersang sambil memikul batu yang berat memenuhi guni.
" Wahai tuan guru, ke arah mana tujuan kita selepas ini?"
"Ikut saja aku" Jawab tuan guru.
Tidak lama kemudian mereka melintasi sebuahpasar borong. Ramai sungguh orang disitu. Tok guru lantas mengajak anak muridnya masuk ke pasar tersebut.
"Tok guru, mengapa kita pergi ke pasar?" Soal anak muridnya lagi.
" Nanti kamu akan tahu!" Jawab tok guru bersahaja.
Ketika meneruskan perjalanan di pasar itu, orang ramai mula memuji-muji si anak murid yang memikul guni tadi.
"Wah! tengok tu banyak sungguh barangan mereka borong! Pasti mereka ini kaya-kaya" Kata orang-orang dipasar. "Wah, kayanya mereka!" Kata peniaga yang lain.
Pemuda tadi tidak mengendahkan kata-kata pujian itu sebaliknya dia terus mengekori tok gurunya. Setelah puas berpusing-pusing disekeliling pasar, tok guru mengajak anak muridnya pulang. 
"Wahai tok guru, apa yang harus aku buat dengan batu-batu ini?" Tanya muridnya agak pelik.
" Sekarang kamu telah belajar tentang ilmu ikhlas" Jawab tok guru ringkas.
Tok guru lalu menjelaskan tamsilan perbuatan menggendong batu yang telah dilakukan pemuda tadi.
" Batu-batu didalam guni itu ibarat amalan yang tidak ikhlas. Pujian-pujian melangit diberi orang sekeliling, tapi hanya sia-sia sebab batu yang digendong tiada sebarang nilai! Begitulah juga amalan yang tidak ikhlas. Hanya sia-sia belaka sebab tidak bernilai disisi Allah!.
Pemuda itu mengangguk. Secara diam-diam dia mengakui kehebatan dan kebijaksanaan tok gurunya mengajarnya tentang ilmu ikhlas. 
"Tapi, cukup ikhlaskah aku selama aku mengendong guni berat berisi batu-batu tadi?" Fikir si pemuda lagi...



"Apa byk beno post ngko?"

Salam Ramadhan...

Haaa... byk ek post ttg kuiz terkumpul. Minta maaf la kalau mengganggu pemandangan mata kamu.. Daku tgh bermarathon.. Alang2 dah join kuiz ni tetiba alamak! soalan ada 30! Hah! terjegil gak bijik mata nih hihihi. Alang2 dah join kena la terus ke soalan 30... Nanti tetiba ada pulak yg ter'UNFOLLOW' daku pulak.. Ada ke? Hermmmm.. Ini bukan blog contest & GA tau. Saja suka2 sebab dah lama lemau nak main CGL nih.... Tak suka tak apa, ku tak kisah punya... Bukan selalu buat cenggini.. sampai 30 ngko! hahahaha... Pinau dah bijik mata mencari jawapan... Kak Intan tulon! hahahaha... Apa pun picit mouse aje ada la jwpn tuh. Tinggal rajin dgn idok je la...

Okey, minta maaf sekali lagi ye..
Jgn risaulah... Hari Ahad ni abislah marathon kuiz terkumpul daku join nih!
:D peace!

Dah-dah.. Jom tgok tips mudah nak khatam Quran dlm masa sebulan.
Lebih2 lagi Ramadhan nih...

 Klik sikit untuk lebih jelas


Kuiz Terkumpul ke-17


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'

Soalan Kuiz Terkumpul ke-17


Berapa Buah Beg yang Shahriah Bawa 'Sehari Bersama Novelis'?


Kuiz Terkumpul ke-16


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'

Soalan Kuiz Terkumpul ke-16


Ramadhan Pertama, Shahriah Berbuka Di Rumah Siapa?

Kuiz Terkumpul ke-15


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'

Soalan Kuiz Terkumpul ke-15


Apakah Menu Hidangan Berbuka Puasa Shahriah Pada Ramadhan Yang Kedua?

Nyatakan 3 Sahaja.

Kuiz Terkumpul ke-18


 Klik Gambar @ Link ini
Dengan Motto
'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew'

Soalan Kuiz Terkumpul ke-18


Ada Berapa Lubang Di Dalam Acuan Kuih Cara Manis?

Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.